Isu Semasa Viral

Ibu Tunggal Nekad Mencuri Di Pasaraya Demi Penuhi Keinginan Anak Makan Daging

Ibu Tunggal Nekad Mencuri Di Pasaraya Demi Penuhi Keinginan Anak Makan Daging

Sharing is caring!

Tiada perkara yang mampu menandingi kasih seorang ibu.  Walau dalam keadaan sukar mana sekali pun, si ibu akan tetap berusaha untuk memenuhi segala kehendak dan keinginan anak-anaknya walaupun sesuatu tindakan itu boleh memakan dirinya. Itulah yang berlaku terhadap seorang ibu tunggal kepada tiga anak ini yang nekad mencuri di pasaraya demi memenuhi keinginan anaknya untuk makan daging masak merah. 

BACA: Lelaki Nekad Pisah Sebab Uzur & Tak Boleh Kerja, Tapi Luahan Isteri Runtun Jiwa

Ibu Tunggal Nekad Mencuri Di Pasaraya Demi Penuhi Keinginan Anak Makan Daging

Memang saIah cara ibumu, tapi untuk bagi kamu makan

Ibu Tunggal Nekad Mencuri Di Pasaraya Demi Penuhi Keinginan Anak Makan Daging

Digantung tak bertali sejak setahun lalu

Wanita berusia 31 tahun ini telah digantung tak bertali oleh suaminya sejak setahun yang lalu dan kini kehidupannya hanya bergantung dengan pendapatan sebanyak RM600 sebulan sebagai pengasuh untuk menyara ketiga-tiga anaknya yang berusia 4, 6 dan 10 tahun. 

Ibu Tunggal Nekad Mencuri Di Pasaraya Demi Penuhi Keinginan Anak Makan Daging

Semasa kejadian, wanita ini tidak mampu berfikir dengan waras kerana dalam fikirannya hanya ingin menyediakan daging masak merah seperti yang diinginkan anak sulungnya sejak beberapa hari lalu. Hal itu membuatkan dia terdesak dan akhirnya nekad melakukan perkara yang menyalahi undang-undang itu. 


Ibu Tunggal Nekad Mencuri Di Pasaraya Demi Penuhi Keinginan Anak Makan Daging
Gambar sekadar hiasan

Ibu tunggal ini telah mencuri beberapa barangan termasuklah sabun mandian, krim muka, serbuk lada hitam, dua bungkusan daging yang diperap dan juga kiub tulang ayam yang berjumlah sebanyak RM72.90. Kesemua barangan itu telah dimasukkan ke dalam begnya dan akhirnya ‘kantoi’ apabila dia ditahan pengawal keselamatan semasa melepasi kaunter bayaran. 

Saya minta maaf. Akui perbuatan ni salah

Ibu Tunggal Nekad Mencuri Di Pasaraya Demi Penuhi Keinginan Anak Makan Daging

Saya terdesak.. di fikiran hanya mahu sediakan daging masak merah

Ibu Tunggal Nekad Mencuri Di Pasaraya Demi Penuhi Keinginan Anak Makan Daging

Seorang aktivis sosial, Rohaidatul Asma merupakan salah seorang individu yang banyak membantu keluarga asnaf ini sebelumnya. Malah dia juga antara individu pertama yang dihubungi ibu tunggal tersebut untuk membantunya setelah ditangkap.

Ibu Tunggal Nekad Mencuri Di Pasaraya Demi Penuhi Keinginan Anak Makan Daging

Rohaidatul telah berjumpa dengan pihak poIis dan pengurus pasaraya tersebut untuk menyelesaikan isu ini secara luar mahkamah kerana ibu tunggal berkenaan bakal direman. Atas dasar kemanusiaan, Rohaidatul telah memohon pihak pasaraya supaya tidak meneruskan sebarang tindakan tegas pada wanita tersebut. Dalam masa yang sama, Rohaidatul juga telah mencari jalan untuk mengumpul sejumlah wang sebanyak RM2000 sebagai bayaran denda terhadap kesalahan mencuri itu. 


Ibu Tunggal Nekad Mencuri Di Pasaraya Demi Penuhi Keinginan Anak Makan Daging

Alhamdulillah.. tiada apa2 denda dikenakan

Ibu Tunggal Nekad Mencuri Di Pasaraya Demi Penuhi Keinginan Anak Makan Daging

Tiada reman tiada penjara

Ibu Tunggal Nekad Mencuri Di Pasaraya Demi Penuhi Keinginan Anak Makan Daging

Terkini, ibu tunggal tersebut telah dibebaskan daripada sebarang hukuman dan keluarga asnaf itu sedang tinggal bersama Rohaidatul buat sementara waktu sehinggalah wanita itu berasa tenang dan bersedia untuk berjumpa orang ramai. Malah, satu malam tidur di lokap juga telah mengajar dirinya untuk insaf dan menyesal akan perbuatannya.

Ibu Tunggal Nekad Mencuri Di Pasaraya Demi Penuhi Keinginan Anak Makan Daging
Gambar Puan Rohaidatul yang memegang tangan ibu tunggal tersebut

Belanja makan ayam goreng

Selepas isu tersebut selesai, Rohaidatul telah membawa anak-anak wanita tersebut makan di sebuah restoran makanan segara. Daripada gambar, dapat dilihat jelas riak wajak gembira anak-anak ini yang sungguh berselera menjamah ayam goreng. 

Ibu Tunggal Nekad Mencuri Di Pasaraya Demi Penuhi Keinginan Anak Makan Daging

Sumber: FB Rohaidatul Asma, Mohd Zulhairi Zainol, Harian Metro


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!