Isu Semasa

Idris Elba Disahkan Positif COVID-19, Rupanya Dijangkiti Tanpa Sebarang Simptom

Idris Elba Disahkan Positif COVID-19, Rupanya Dijangkiti Tanpa Sebarang Simptom

Sharing is caring!

Sejak pengisytiharan wabak COVID-19 sebagai pandemik, jelas dapat dilihat riak kegusaran dalam diri setiap masyarakat. Ekoran penularannya yang kian memburuk, terbaru seorang pelakon hollywood iaitu Idris Elba turut mengesahkan dirinya telah dijangkiti wabak ini dalam posting yang telah dimuat naik di laman Twitter.

BACA: Disahkan Positif COVID-19, Lelaki Dedah Pengalaman Yang Ramai Tidak Tahu


Idris Elba Disahkan Positif COVID-19, Rupanya Dijangkiti Tanpa Sebarang Simptom

Ada kontak terdekat tapi tiada sebarang simptom

Menerusi video yang dimuat naik bersama isteri Sabrina Dhowre, dia menjelaskan bahawa pemeriksaan kesihatan dilakukan sejurus selepas berhubung dengan orang yang disahkan positif COVID-19. Malah dia sendiri tidak mengalami sebarang simptom sebelumnya lantas turut dikuarantin sebagai langkah pencegahan.

Idris Elba Disahkan Positif COVID-19, Rupanya Dijangkiti Tanpa Sebarang SimptomIdris Elba Disahkan Positif COVID-19, Rupanya Dijangkiti Tanpa Sebarang Simptom

Jangan panik & pentingkan diri sendiri

Mendapat lebih 200 juta retweets setakat ini, Idris turut menasihati semua untuk tidak panik dan segera menjarakkan diri bagi mengelak penularan wabak. Elba yang pernah membintangi filem aksi ‘Fast & Furious’ dan ‘Thor’ sempat menegaskan bahawa pada saat ini semua orang perlu memikirkan tentang orang lain supaya tidak mudah dijangkiti.


Idris Elba Disahkan Positif COVID-19, Rupanya Dijangkiti Tanpa Sebarang Simptom

Tiada simptom tapi masih boleh dijangkiti

Susulan kejadian yang menimpa bintang 47 tahun ini, rupanya ramai yang tidak sedar bahawa sebenarnya COVID-19 boleh dijangkiti tanpa menunjukkan sebarang simptom. Memetik laporan Awani, Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat mengesahkan perkara berkenaan berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Perubatan New England, Amerika Syarikat.

Idris Elba Disahkan Positif COVID-19, Rupanya Dijangkiti Tanpa Sebarang Simptom

Idris Elba Disahkan Positif COVID-19, Rupanya Dijangkiti Tanpa Sebarang Simptom

Idris Elba Disahkan Positif COVID-19, Rupanya Dijangkiti Tanpa Sebarang Simptom

Sumber: Portal Astro Awani, Harian Metro & Twitter Idris Elba


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Idris Elba Disahkan Positif COVID-19, Rupanya Dijangkiti Tanpa Sebarang Simptom

Sharing is caring!