“Ikan Tu Tak Rebus Ke?” – Resepi Dipertikai, Ini Respon Padu Datin Eina Azman

Selain bergelar aktres dan selebriti, Datin Paduka Eina Azman juga amat terkenal di ruangan media sosial kerana sering berkongsi bermacam perkara yang meilbatkan kehidupan sehariannya. Antara yang paling diminati rata-rata pengikut pelakon drama ‘Rahsia Hati Perempuan’ ini pastilah perkongsian tentang video-video masakan olehnya. Selain mudah untuk diikuti dan menyediakannya, semua resepi masakan yang dipamerkan juga sangat sedap apabila dihidangkan.

BACA: “Manis Lah..” – Pakai Baju Kurung Pergi Majlis Kahwin, Eina Azman Dipuji Ramai

Baru-baru ini, DP Eina ada memuat naik video tentang cara penyediaan hidangan Asam Laksa di laman Instagram miliknya. Walaupun video itu cuma berdurasi seminit, namun dia sempat berkongsi tentang semua bahan masakan yang perlu ada untuk membuat juadah ini, serta langkah-langkah penyediaannya sekali. Malah hasilnya di hujung video berkenaan tampak cukup ‘menggoda’!

View this post on Instagram

Alhamdullilah done cooking Assam Laksa

A post shared by Eina Azman (@eina_azman) on

Namun apabila menjengah pula di ruangan komen posting tersebut, dilihat ada beberapa netizen yang mempersoalkan tentang cara penyediaan ikan kembung. Rata-rata mereka beranggapan yang DP Eina tidak membuang tulang ikan serta merebusnya terlebih dahulu sebelum masukkan ke dalam blender. Tidak hanya mendiamkan diri, Eina membalas beberapa komen netizen tersebut dengan jawapan yang cukup padu.

Menurut isteri Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden ini, dia telah membuang tulang ikan terlebih dahulu dalam video tersebut. Berkenaan perlu direbus pula, dia menjawab bahawa tiada masalah pun sama ada mahu melakukannya atau tidak kerana ikan itu akan dimasak sekali dalam kuah juga. Malah, netizen lain turut pelik dengan mereka yang mempertikai cara masakannya itu kerana setiap orang pastilah mempunyai teknik yang berlainan dan cara masakan tersendiri.

Sumber: IG eina_azman

Apa Komen Anda?