“Ikut Hati, Saya Memang Tak Nak Kahwin Time Tu” – Ardell Ulas Video Nikah Viral

Minggu lalu, pernikahan antara pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana sememangnya menjadi tumpuan ramai. Selain kedua-dua mereka tampak sangat sepadan bagai pinang dibelah dua, kisah cinta yang bermula daripada hubungan persahabatan yang sudah terjalin selama 8 tahun itu juga mendapat pujian daripada seluruh masayarakat di Malaysia. Malah aktres filem XX-Ray 3 itu turut mencuri tumpuan ramai apabila dikatakan bahawa dia sebenarnya yang merisik pihak lelaki terlebih dahulu.

BACA: Tangan Gigil Masa Sarung Cincin, Nadzmi Dedah Isteri Sedang Pulih Depression..

Advertisement

Namun di sebalik detik bahagia yang dikecapi oleh mereka ketika itu, pengantin baru ini telah menerima banyak kecaman selepas viral video Ardell seolah-olah kelihatan malu sehingga tangannya menggeletar ketika disarungkan cincin. Jika sebelum ini suaminya telah meminta orang ramai agar jangan hina lagi teman hidupnya itu, ini pula komen tuan badan sendiri.

Advertisement

Sebelum wedding lagi tangan menggeletar…saya memang tak nak kahwin dah time tu

Jelas Ardell atau nama penuhnya Nurul Hidayah binti Mohd Amin ini, dia berasa amat gemuruh dan kena panic attack apabila dikerumuni orang sewaktu majlis tersebut berlangsung. Bahkan, hatinya menjadi semakin tidak tenteram apabila ada yang memberi gelaran buruk seperti ‘minah gigil’ atau Parkinson kepadanya.

Advertisement

Lepas nikah haritu…saya memang tak keluar rumah sebab takut

Selain itu, aktres berusia 29 tahun ini mendedahkan bahawa dia mengambil masa yang lama untuk keluar dari rumah gara-gara takut untuk berdepan dengan masyarakat gara-gara tularnya video terbabit. Dia turut terkilan apabila ada pihak yang sengaja merakam gelagat mereka sewaktu bertandang ke sebuah kedai makan baru-baru ini, hanya semata-mata untuk dijadikan sebagai bahan lawak dan gelak tawa.

Advertisement

Orang yang buat macam tu sebenarnya mental – Netizen

Dalam pada itu, Nadzmi yang turut berada di sampingnya dalam pendedahan eksklusif kepada Mingguan Wanita itu meluahkan bahawa dia juga sebenarnya malu sewaktu berada di pelamin. Hal ini kerana mereka memang tidak pernah bersentuhan walau sekali pun sepanjang mengenali isterinya. Rata-rata netizen yang telah menyaksikan temubual terbabit meluahkan rasa kecewa terhadap semua pihak yang tidak bertanggungjawab, selain mendoakan rumah tangga Nadzmi dan Ardell ini agar kekal bahagia hingga ke akhirnya.

Advertisement

Advertisement

Sumber: IG mingguanwanita

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Apa Komen Anda?