Umum mengetahui bahawa pada 25 Februari yang lalu, keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) telah pun diumumkan. Susulan dengan itu, ramai telah berkongsi kisah dan inspirasi yang membawa kepada kejayaan mereka dalam peperiksaan tersebut. Ini termasuklah kisah dikongsikan seorang gadis yang berjaya menggembirakan hati bapanya apabila dia memperoleh keputusan cemerlang 4 flat.
BACA: Hampir Give Up Hilang 2 Insan Dalam Masa 19 Hari Gadis Cekal Raih Result Gempak
Mungkin pilihan abah adalah yang terbaik
Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai @shafikayuni memberitahu di posting miliknya bahawa dia sebenarnya menyambung pelajaran ke tingkatan 6 hanya kerana ingin menunaikan permintaan abahnya. Tambahnya lagi, dia sebenarnya sudah pun melakukan segala persiapan untuk ke matrikulasi tetapi telah mengubah fikiran apabila merasakan pilihan ayahnya itu mungkin yang terbaik untuknya.
Mahu naik pentas bersama abah
Menurutnya, dia pernah berputus asa ketika di semester pertama tetapi berjaya bangkit kembali. Apabila ditanya tentang inspirasinya untuk berjaya, perempuan berusia 20 tahun ini memberitahu bahawa dia ingin mengambil anugerah di atas pentas bersama bapanya. Siapa menyangka, impiannya itu akhirnya benar-benar menjadi kenyataan.
Jangan berputus asa dalam pelajaran
Gadis cemerlang ini berharap kisahnya dapat menjadi motivasi kepada orang ramai. Dia turut berpesan jangan sesekali berputus asa dalam pelajaran dan meminta untuk mendoakan agar dirinya dapat menyambung ijazah dengan kursus yang dikehendakinya. Tegasnya lagi, menjadi pelajar form 6 bukanlah sesuatu yang merugikan kerana ia juga mempunyai banyak kelebihan.
Sumber: Twitter shafikayuni
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
