Imam Langkau Ayat Surah Al-Fatihah, Solat Masjid Bandar Puncak Alam Tak Sah!

Sejak semalam, tular di laman sosial tentang video rakaman solat berjemaah Isyak yang difahamkan berlangsung di Masjid Bandar Puncak Alam, Selangor. Video yang berdurasi kurang daripada 1 minit itu mendapat perhatian ramai apabila Imamnya tidak membacakan ayat ke-6 dalam surah Al-Fatihah dan solat itu diteruskan sehingga selesai seperti biasa. Perkara itu membangkitkan persoalan samada solat itu sah ataupun tidak.

BACA: Sekejap Sah, Sekejap Tak.. Ini Ulasan Sebenar Peguam Syarie Isu Talak PU Abu

Kejadian hanya disedari ahli kariah lepas selesai solat…

Menerusi laporan portal Harian Metro sebentar tadi, salah seorang AJK masjid tersebut telah merujuk perkara itu terus ke pejabat Mufti Selangor untuk memberikan lebih pencerahan tentangnya dan ini adalah kupasan yang diberikan oleh beliau.

Membaca Al-Fatihah dengan tertib adalah rukun solat…

Oleh yang demikian, Solat Isyak secara berjemaah di masjid itu pada malam Isnin lepas adalah tidak sah kerana solat itu telah terbatal. Maka setiap jemaah yang terbabit ketika itu wajib untuk qada semula solat pada malam tersebut.

Sumber: FB Anie Shaari & Harian Metro

Apa Komen Anda?