Dalam zaman media sosial ini, ramai selebriti yang dibayar upah untuk membuat paid review. Ada juga isu di mana terdapat pihak yang menggunakan nama mereka sewenang-wenangnya untuk melariskan perniagaan masing-masing. Itulah perkara sama yang terjadi kepada Imam Muda Asyraf.
BACA: Nama Diguna Untuk Lariskan Produk Supplement, Dr Amalina Tampil Beri Teguran
Gambar & nama diguna tanpa izin…buat laporan polis agar ramai tak ditipu
Baru-baru ini, dia telah meluahkan rasa kecewa apabila nama dan gambarnya digunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk meraih keuntungan. Pada awalnya penceramah bebas ini mengendahkan sahaja isu tersebut, namun akhirnya terpaksa jua membuat laporan polis. Hal ini kerana, juara Imam Muda Musim 1 tersebut enggan lebih ramai orang ditipu dengan pelaburan yang tidak sahih itu.
Bukan sekali dua, mereka akan guna akaun yang berbeza untuk tipu
Pendakwah ini juga mengingatkan masyarakat agar lebih berhati-hati dan selidik terlebih dahulu jika menerima sebarang tawaran pelaburan di Facebook. Hal ini kerana, mereka akan menggunakan akaun yang berbeza untuk menipu orang awam. Justeru, Imam Muda Asyraf berharap perkara sedemikian boleh dibanteras oleh pihak berkuasa.
“Harap mereka di luar sana periksa dan berhati-hati dengan penyebaran mesej Facebook seumpama ini. Terjadi bukan sekali dua tetapi terlalu banyak dan menggunakan pelbagai akaun berlainan. Harap perkara ini dapat dibendung oleh pihak berkuasa. Sekian”- Imam Muda Asyraf
Sumber: Facebook IMAM MUDA Asyraf
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura