Selain video memasak, Imran Bard juga popular dengan trademark suka membebel seorang diri persis golongan mak-mak. Anak muda kelahiran Melaka ini ibarat mendapat rezeki terpijak apabila menjadi viral termasuklah pernah ditawarkan berkolaborasi dengan Hatta Dolmat di pentas peragaan. Terbaru, dia difahamkan sedang berada di Kota Paris namun belum dapat dipastikan bagi tujuan apa.
BACA : Agensi Ternampak Di Warung Ikan Keli, Gadis Terus Dapat Job Model Antarabangsa
Dia jalan pun aku dah gelak…Dia gelakkan aku….Hai
Dalam beberapa rakaman IG Story yang tular di TikTok, Imran dilihat begitu santai saat berjalan di sebuah kaki lima di ‘Kota Cinta’ itu. Paling melucukan adalah ketika dia cuba beraksi ala-ala model berwajah kekwat dan secara tidak sengaja terpandang seorang wanita random. Setelah kedua-duanya tergelak dengan situasi itu, pemuda ini malah memberikan sapaan ‘Hai’.
@iheartpoetic Reply to @unluckyadibz Dia jalan je pon aku dah sakit perut gelak 🤚😭 #imranbard #fyp #bewhoyouare
@imeringue2
Mana nak dapat confident dia ni?
Meskipun tidak tahu berbahasa Perancis, Imran spontan bertegur sapa dengan orang awam di sana menggunakan perkataan ‘Bonjour’ yang membawa maksud ‘Hai/Hello’. Ketika menjengah ke luar tingkap bilik didiaminya pula, dia selamba mengucapkan ‘salam’ berkenaan kepada pekerja pembinaan dan menerima semula sapaan mesra.
@iheartpoetic Reply to @iheartpoetic ADA SESIAPA JUMPA CONFIDENT DIA KAT SHOPEE TAK? KE DAH SOLD OUT😭 #bewhoyouare #imranbard #fyp
@iheartpoetic MANA NAK DAPAT CONFIDENT DIA NI 😭🤚✨ #imranbard #fyp
Dia buat orang tu macam jiran dia pula…Peramah dari Malaysia bawa ke Paris
Dengan keratan video tersebut, ramai netizen menjadi terhibur melihat sikap peramah Imran meskipun dia tidak dikenali sesiapa di sana. Malahan, gayanya pula disamakan dengan personaliti kelakar bekas bintang ‘Running Man’ iaitu Lee Kwang-soo.
Kredit : TikTok imeringue 2, iheartpoetic
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura
