Viral Hiburan

Muka Dilap Tisu Dapur, Imran Bard Tahan Gelak Sesi Facial Macam Uli Roti Canai

Muka Dilap Tisu Dapur, Imran Bard Tahan Gelak Sesi Facial Macam Uli Roti Canai

Selain berceloteh seperti seorang wanita berumur, Imran Bard juga merupakan antara salah seorang personaliti media sosial yang boleh membuatkan ramai ketawa tanpa sebarang kata-kata. Cukup membuat mimik muka atau bahasa tubuh tertentu sahaja, gelagat lucunya memang sudah sinonim di kalangan pengikut setianya.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Muka ditonyoh ala-ala uli roti canai ketika facial

Pada semalam, sebuah video lama milik pemuda itu kembali tular yang mana awalnya dia disangka sedang membuat rawatan wajah di spa kecantikan. Sepanjang facial itu dilakukan, lucunya Imran seakan-akan menahan ketawa apalagi pekerja berkenaan melakukan kerja dengan cukup ‘tangkas’ .Dalam keadaan tidak bersedia, mukanya terus disembur dengan air sebelum ditonyoh kuat menggunakan tisu dapur.

@imemerang

♬ original sound – imemerang – imemerang

Ni video story lama dulu kat Melaka…Aku pergi potong rambut pakej cuci muka

Jelas Imran sendiri, sebenarnya dia datang ke barber shop tersebut untuk memotong rambut. Rupa-rupanya, dia mendapat sekali pakej mencuci wajah lantas bersetuju dengan tawaran berkenaan.

Muka Dilap Tisu Dapur, Imran Bard Tahan Gelak Sesi Facial Macam Uli Roti Canai

Muka Dilap Tisu Dapur, Imran Bard Tahan Gelak Sesi Facial Macam Uli Roti Canai

Terhapus sekali semua dosa…Tisu dapur kesat muka wey…Tak sempat tutup mata dah kena spray

Melalui ruangan komen, ribuan netizen akui sangat terhibur melihat reaksi lawak Imran kerana wajahnya ibarat sedang diuli seperti roti canai. Tular sejak semalam, rakaman berkenaan sudah meraih hampir sejuta tontonan di TikTok.

Muka Dilap Tisu Dapur, Imran Bard Tahan Gelak Sesi Facial Macam Uli Roti Canai

Muka Dilap Tisu Dapur, Imran Bard Tahan Gelak Sesi Facial Macam Uli Roti Canai

Muka Dilap Tisu Dapur, Imran Bard Tahan Gelak Sesi Facial Macam Uli Roti Canai

Kredit : TikTok imemerang

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Muka Dilap Tisu Dapur, Imran Bard Tahan Gelak Sesi Facial Macam Uli Roti Canai

Facebook

Telegram