“Ingat Kelakar Agaknya” – Dah La Double Park, Nabil Bengang Dapat Nota Sindiran

Antara isu yang sering berlaku di mana-mana lokasi awam adalah sikap ‘double park’ oleh sesetengah pemandu kenderaan yang tidak prihatin. Selain boleh mendatangkan masalah kepada pengguna lain, perkara ini turut boleh menimbulkan rasa kurang senang buat mereka yang sudah pun mematuhi peraturan. Keadaan malah jadi bertambah sukar apabila si pelaku tidak menyatakan sebarang nombor telefon untuk dihubungi atau sudah menarik hand brake.

BACA: Nabil Bina Rumah Tepi Pusara, Buang Rasa Takut Untuk Beramal?

Kurang ajar namanya…Ingat kelakar ke!

Itulah yang dialami oleh pengacara dan pelawak terkenal, Nabil Ahmad sewaktu dia mahu berangkat pulang dari sebuah lokasi bersama ahli keluarganya. Isterinya, Zira Ayub turut berkongsi paparan video sewaktu berdepan situasi yang sangat menguji kesabaran itu di laman Instagram miliknya pada malam tadi.

Lu pikir sendiri kepala otak hang!

Tidak cukup dengan itu, sekeping kertas yang disangka ada nombor untuk dihubungi pada bahagian dash board kereta itu rupanya tertulis ayat “Tel No – Lu Pikir Sendiri Hahaha”. Gurauan tersebut hanya bertindak seperti provokasi serta menyimbah minyak ke atas api kemarahan yang menyelubungi diri suami isteri ini kerana mereka tetap tidak dapat mengeluarkan kereta daripada kawasan parking.

Tak kelakar…kalau orang ada emergency macam mana?

Tidak mendapat sebarang respon selepas sudah beberapa kali membunyikan hon keretanya, hos rancangan MeleTop ini akhirnya bertindak untuk menolak terus kenderaan tersebut selepas mendapati yang pemiliknya melepaskan handbrake. Walaupun masalah tersebut sudah selesai, rata-rata pengikut Nabil serta isterinya memberikan komen menyelar tindakan pemandu kenderaan itu yang bergurau tapi tidak bertempat. Bagaimanapun, mereka turut memuji sikap Nabil yang berjaya mengawal perasaan dalam situasi tersebut.

Sumber: IG nabilzira

Apa Komen Anda?