“Ingatkan Penyamar, Sekali..” – Persembahan Ella & ‘Bina2 Malaysia’ Padu Habis!

Saban minggu, program realiti hiburan yang mengambil konsep dan format program asal dari Korea Selatan iaitu I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVMY) musim ke-2 tidak pernah menampilkan bermacam kejutan. Malah episod yang berlangsung pada malam tadi turut dipuji oleh ramai penonton kerana sangat meriah dengan penampilan artis jemputan, Ella Aminuddin serta 2 lagi penyiasat jemputan iaitu Amy Mastura dan pengacara popular, Datuk AC Mizal.

BACA: [VIDEO] Belanja Lagu Di IG, Bekas Peserta AF Ini Dipuji Suara Ala2 Mariah Carey

Meskipun bermacam drama telah berlaku selain ramai penyanyi yang mempunyai bakat besar terpaksa disingkirkan, namun ternyata nasib berpihak kepada Ratu Rock Malaysia apabila peserta yang bergelar ‘Bina-Bina Malaysia’ ini merupakan penyanyi sebenar!

Ingatkan penyamar… sekali suara dia wow!

Baru berusia 24 tahun, pemuda yang bernama Amirul Ashraf Bin Othman ini mempunyai suara yang cukup harmoni dan serasi dengan Ella sewaktu berduet menyampaikan lagu ‘Dua Insan Bercinta’. Perkara tersebut diakui oleh rata-rata netizen yang terpukau dengan bakat yang dimiliki olehnya di ruangan komen paparan nyanyian tersebut. Selain itu, ada juga yang turut berseloroh agar Datuk AC Mizal menjadi penyiasat tetap kerana selalu membuatkan penonton tidak kering gusi ketawa sepanjang menyaksikan rancangan ini.

Sumber: IG senangterhibur & YouTube TV9MALAYSIA Official

Apa Komen Anda?