Pada awal bulan Mei lalu, doktor selebriti iaitu Dr Shazril Shaharuddin atau lebih mesra dengan panggilan Dr Say telah selamat bergelar seorang bapa. Setelah menanti selama beberapa tahun, akhirnya isterinya selamat melahirkan seorang cahaya mata. Dek kerana teruja dengan anak sulungnya itu, Dr Say rajin berkongsikan pelbagai perihal kelahiran dan penjagaan bayi tersebut. Walaupun baru sahaja memperoleh anak pertama, Dr Say sudah menyebut pula tentang hasrat menambah zuriat.
Baca : Gara-Gara Talak, Doktor Sahkan Bayi Dalam Kandungan Ain Afini Tidak Aktif!
Perkara itu baru sahaja diulaskan di Instagramnya baru-baru ini. Pada awal perkongsiannya, Dr Say mengakui kehidupannya selepas kelahiran bayi pertama memang berubah sepenuhnya.
Selain itu, dia juga tidak menyangka bahawa penjagaan untuk bayi yang baru lahir adalah agak sukar.
Dia mahu didodoi, dikendong dan dibawa berjalan-jalan
Menurut Dr Say lagi, dia memang memasang hasrat untuk segera mendapatkan anak kedua selepas menimang anak pertama. Tapi dek kerana mereka mahu fokuskan penjagaan anak pertama ini, dia terpaksa membatalkan hasrat tersebut terlebih dahulu.
Senyum lebar baby gelakkan daddy tak dapat tidur…
Sumber : Instagram Say Shazril
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura