Family

Ingatkan Nak Bersalin, Saharul Ridzwan Dedah Cerita Baby Tak Nak ‘Keluar’ Lagi

Ingatkan Nak Bersalin, Saharul Ridzwan Dedah Cerita Baby Tak Nak ‘Keluar’ Lagi

Sharing is caring!

Bagi suami isteri yang sedang menghitung hari, pasti tidak sabar menunggu kelahiran bayi masing-masing. Namun apabila due date semakin menghampiri, situasi false alarm boleh berlaku di mana si ibu akan merasa seperti hendak bersalin walhal masanya belum tiba lagi. Begitulah situasi yang dilalui oleh Saharul Ridzwan bersama isterinya baru-baru ini.

BACA: Isteri Korea Gigih Tunjuk Cara Masak Dumpling, Tapi Guna Istilah Melayu Merapu


Sabar je la…False alarm rupanya

Menerusi Instagram miliknya, selebriti itu memaklumkan bahawa dia dan isteri baru sahaja melalui situasi false alarm tersebut di sebuah pusat perubatan. Hal ini kerana, doktor telah mengesahkan bahawa bayi mereka berdua masih belum bersedia untuk ‘keluar’ lagi.

Ingatkan Nak Bersalin, Saharul Ridzwan Dedah Cerita Baby Tak Nak ‘Keluar’ Lagi

Ingatkan Nak Bersalin, Saharul Ridzwan Dedah Cerita Baby Tak Nak ‘Keluar’ Lagi

Kena datang balik 15 haribulan nanti

Disebabkan itu, pelakon tersebut bersama isterinya telah dibenarkan untuk pulang dan mereka harus kembali ke pusat perubatan tersebut pada 15 Jun yang merupakan due date sebenar. Saharul Ridzwan juga mendedahkan bahawa kehamilan kedua ini agak berbeza sedikit dan bercakap mengenai false alarm pula, ia merupakan sesuatu yang baru buat mereka.


Kena tawaf stadium untuk cepatkan proses bersalin

Selain mendoakan agar proses bersalin isteri pelakon ‘Kau, Aku, Kita’ itu dipermudahkan, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman false alarm mereka. Salah satu komen yang menarik perhatian adalah kisah di mana individu berkenaan terpaksa berjalan mengelilingi track dalam sebuah stadium bagi mempercepatkan proses bersalin.

Ingatkan Nak Bersalin, Saharul Ridzwan Dedah Cerita Baby Tak Nak ‘Keluar’ Lagi

Ingatkan Nak Bersalin, Saharul Ridzwan Dedah Cerita Baby Tak Nak ‘Keluar’ Lagi

Ingatkan Nak Bersalin, Saharul Ridzwan Dedah Cerita Baby Tak Nak ‘Keluar’ Lagi

Ingatkan Nak Bersalin, Saharul Ridzwan Dedah Cerita Baby Tak Nak ‘Keluar’ Lagi

Sumber: IG Saharul Ridzwan


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!