Kesihatan Viral

Ingatkan Senggugut Teruk, Tapi Bila Check Rupanya Cyst Dah Tumbuh Dalam Perut

Ingatkan Senggugut Teruk, Tapi Bila Check Rupanya Cyst Dah Tumbuh Dalam Perut

Sharing is caring!

Tak dinafikan, senggugut adalah antara masalah yang kerap terjadi kepada semua golongan wanita sewaktu kedatangan haid. Kadangkala ada sesetengah daripada mereka diuji dengan senggugut yang kuat sehingga mampu merencatkan rutin harian. Biarpun ia dianggap satu proses yang biasa, namun pemeriksaan secara rapi perlu dijalankan ekoran macam-macam perkara boleh terjadi. Begitulah juga perkongsian yang dibuat oleh seorang pengendali akaun Twitter bernama @theirlibb baru-baru ini.

BACA: Disangka Haid Terlampau, Rupanya Wanita Ini Ada Benda Bersarang Dalam Rahim

Alami senggugut yang teruk, bila check..

Menerusi perkongsian tersebut, wanita ini telah menceritakan kembali detik bila mana dia disahkan menghidap ketumbuhan ‘cyst‘ di dalam perut pada tahun 2019. Dengan berkongsikan gambar imbasan ultrasound, perkara itu mula disedari selepas dia mengalami senggugut yang amat teruk sehingga turut melemahkan tubuh badannya.


Ingatkan Senggugut Teruk, Tapi Bila Check Rupanya Cyst Dah Tumbuh Dalam Perut

Ingatkan Senggugut Teruk, Tapi Bila Check Rupanya Cyst Dah Tumbuh Dalam Perut

Wanita perlu bijak tangani stres

Menyorot kronologi, wanita ini memberitahu dia sebenarnya sudah mengalami masalah senggugut yang teruk sejak zaman sekolah menengah lagi. Ekoran daripada itu, dia menasihati golongan wanita agar jangan mengambil ringan masalah tersebut dan segera melakukan pemeriksaan secara terperinci. Bahkan ujarnya, golongan wanita perlu bijak menangani stres memandangkan ia merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada pertumbuhan ‘cyst‘.

Ingatkan Senggugut Teruk, Tapi Bila Check Rupanya Cyst Dah Tumbuh Dalam Perut

Ingatkan Senggugut Teruk, Tapi Bila Check Rupanya Cyst Dah Tumbuh Dalam Perut
Gambar sekadar hiasan

Kalau sayang diri, pergilah buat check

Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana ketumbuhan itu masih lagi kecil dan boleh dipecahkan tanpa perlu melalui operation. Bercerita lanjut, wanita ini turut mengakui bahawa ia bukanlah mudah kerana terpaksa mengambil ubat secara konsisten selama lebih 3 tahun selain perlu membayar kos rawatan yang agak tinggi. Malah sepanjang tempoh berkenaan, dia juga mengalami kitaran haid yang tak stabil. Mengakhiri thread, thread berkenaan diharapkan akan membuatkan wanita lebih terbuka untuk melakukan pemeriksaan. 


 

Ingatkan Senggugut Teruk, Tapi Bila Check Rupanya Cyst Dah Tumbuh Dalam Perut

Ingatkan Senggugut Teruk, Tapi Bila Check Rupanya Cyst Dah Tumbuh Dalam Perut
Gambar sekadar hiasan

 

Sumber: Twitter theirlibb


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!