Ingatkan Tunang Ada Awek Lain, Tak Sangka Rupa-Rupanya Terjadi Plot Twist!

Ramai orang kata, waktu bertunang adalah masa di mana kita diuji dengan pelbagai cabaran. Sudah pastinya ia merupakan sebuah fasa lebih sukar daripada zaman bercinta yang penuh dengan kemanisan mahupun kebahagiaan. Masalah orang ketiga sering sahaja menjadi punca terputusnya hubungan pertunangan. Sebab itulah tempoh bertunang menuntut kita untuk lebih sabar dalam menghadapi segala kemungkinan yang tidak dijangka.

Baca : Konon Jadi Orang Tengah, Lelaki Kesal Teman Wanita Disailang Kawan Sendiri!

Mungkin itulah yang dihadapi oleh seorang gadis apabila WhatsApp tunangnya menerima satu mesej yang mencurigakan. Perkara itu didedahkan sendiri oleh Jaslin Johari menerusi Twitternya. Tak sampai 24 jam, pendedahannya sudah meraih hampir 9000 retweets!

Pada awalnya, Jaslin sedang duduk di dalam kereta bersama tunangnya. Secara tiba-tiba, suasana mulai tegang apabila telefon tunangnya menerima notifikasi WhatsApp dari seseorang. Tak cukup dengan itu, mesej tersebut mengandungi ayat-ayat yang sweet! Siapalah yang tak rasa geram kalau dah macam ni rupanya. Kalau ikutkan hati, mahu saja naik angin terus di situ.

Namun begitu, Jaslin masih kekal tenang dan terus mempersoalkan siapakah individu sebenar yang menghantar mesej sweet tersebut. Jaslin semakin curiga apabila tunangnya seakan gelabah kerana sudah terkantoi berskandal dengan wanita lain. Malah dia juga mula merempas telefon bimbit dan akhirnya mendedahkan kisah sebenar. Ketika inilah ramai netizen yang mula rasa berdebar-debar dengan kisah seterusnya.

Disangkakan tunang sendiri bermain kayu tiga. Tapi rupa-rupanya, mesej itu dihantar oleh seorang pelanggan yang mahu membeli tudung. Jaslin sendiri terlupa bahawa tunangnya itu telah mengusahakan penjualan tudung sebagai ikhtiar mengumpul wang kahwin. Biasalah orang perempuan. Kadang-kadang perasaan yang mengawal diri terlebih dahulu padahal apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Tak sangka ada pula plot twist di hujung kisah mendebarkan Jaslin ini. Lain yang kita jangka, lain pula yang terjadi. Terkejut kerana begitu ramai yang berkongsikan kisahnya, Jaslin sempat meminta maaf kerana menimbulkan kecurigaan para netizen serta merisaukan banyak pihak. Niatnya hanya mahu berkongsikan kisah lucu. Tak sangka ramai pula yang mula prihatan dan sudah retweets awal-awal postingnya ini.

 

Sumber : Twitter Jaslin Johari

Apa Komen Anda?