Cinta Hiburan

Ingin Fokus Pada Kerjaya, Rita Nadira Kini ‘Solo’ Putus Dengan Adik Elfira Loy

Ingin Fokus Pada Kerjaya, Rita Nadira Kini ‘Solo’ Putus Dengan Adik Elfira Loy

Sharing is caring!

Sebelum ini, pelakon dan model Rita Nadira hangat menjalinkan hubungan cinta bersama adik kepada selebriti Elfira Loy iaitu Ezzrin Loy. Mereka juga selalu kelihatan sangat mesra bersama semasa menghadiri acara seperti majlis perkahwinan. Tetapi, mereka ini tidak terlalu menggembar-gemburkan hubungan di platform media sosial. Namun, lumrah dalam setiap perhubungan pasti tidak terkecuali daripada melalui fasa perpisahan kerana tidak semua percintaan itu sempurna.

BACA: Akibat Frust Putus Cinta, Gadis Bimbang Kawan Sampai 3 Hari Tak Jamah Makanan

Ingin Fokus Pada Kerjaya, Rita Nadira Kini ‘Solo’ Putus Dengan Adik Elfira Loy

Ingin Fokus Pada Kerjaya, Rita Nadira Kini ‘Solo’ Putus Dengan Adik Elfira Loy

Putus hubungan kerana ingin menumpukan kepada kerjaya lakonan dan modelling..

Menurutnya, model ini telah pun mengesahkan yang dia sudah ‘single’ tiada lagi hubungan bersama Ezzrin loy sejak tahun lalu. Keputusan ini juga dipersutujui oleh kedua-dua pihak. Menurut model ini juga, mereka memutuskan hubungan ini kerana ingin fokus kepada kerjaya masing-masing.


Ingin Fokus Pada Kerjaya, Rita Nadira Kini ‘Solo’ Putus Dengan Adik Elfira Loy

Masih lagi rapat dengan keluarga Ezzrin Loy, walaupun tidak lagi mempunyai hubungan cinta..

Walau bagaimanapun, pelakon yang berusia 23 tahun ini mengakui masih lagi berkawan dengan bekas teman lelakinya itu. Tambahan pula, ibu kepada Ezzrin Loy yang merupakan pengurus kepadanya tidak terasa hati dan masih lagi berkawan dengannya seperti biasa. Menurutnya, dirinya dan adik pelakon Elfira Loy itu tidak pernah pun berbalah antara satu sama lain akibat daripada terputusnya hubungan ini.

Ingin Fokus Pada Kerjaya, Rita Nadira Kini ‘Solo’ Putus Dengan Adik Elfira Loy

Ingin Fokus Pada Kerjaya, Rita Nadira Kini ‘Solo’ Putus Dengan Adik Elfira Loy


Sumber: Portal beautifulnara , Media Hiburan, Ohbulan


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!