Isu Semasa

Ingkar Arahan Akan Didenda 10 Ribu Riyal, Pemuda Kongsi Kronologi Di Arab Saudi

Ingkar Arahan Akan Didenda 10 Ribu Riyal, Pemuda Kongsi Kronologi Di Arab Saudi

Sharing is caring!

Hari ini dapat dilihat bahawa hampir seluruh dunia sedang ‘berperang’ dengan virus yang berjaya membuatkan semua orang dalam keadaan gusar dan ketakutan. Akan tetapi ramai yang masih tertanya-tanya bagaimana pula dengan keadaan semasa di tanah suci Makkah pada saat dunia sedang dilanda masalah wabak terbesar ini.

BACA: Isteri Jadi Frontliners Merawat COVID-19 Di Arab Saudi, Suami Dedah Keadaannya


Ingkar Arahan Akan Didenda 10 Ribu Riyal, Pemuda Kongsi Kronologi Di Arab Saudi
Gambar sekadar hiasan

Kemasukan jemaah umrah & ziarah digantung sementara

Menjengah ke laman Twitter, seorang pemuda dikenali sebagai Hasif Kamal mengambil masa terluang untuk berkongsi keadaan di Arab Saudi serta kronologi setelah kerajaan di sana mengisytiharkan Movement Restriction Order (MRO). Rupanya selepas penggantungan sementara kemasukan pelawat, dia dan rakan-rakan terpaksa menjalankan pengajian secara atas talian seperti yang telah diusahakan oleh negara lain.

Ingkar Arahan Akan Didenda 10 Ribu Riyal, Pemuda Kongsi Kronologi Di Arab Saudi Ingkar Arahan Akan Didenda 10 Ribu Riyal, Pemuda Kongsi Kronologi Di Arab Saudi

Nikmat solat di Madinah seakan ditarik..

Malah sebagai pelajar di sana, dia turut mengakui berasa cemas dengan keadaan yang berlaku. Katanya lagi, nikmat paling besar iaitu berada di rumah Allah seakan ditarik dek kerana desakan kerajaan untuk menutup kawasan tersebut bagi mengekang penularan wabak. Kerajaan juga telah mengeluarkan perintah berkurung selama 21 hari pada 23 Mac.


Ingkar Arahan Akan Didenda 10 Ribu Riyal, Pemuda Kongsi Kronologi Di Arab Saudi

Ingkar Arahan Akan Didenda 10 Ribu Riyal, Pemuda Kongsi Kronologi Di Arab Saudi
Gambar sekadar hiasan
Ingkar Arahan Akan Didenda 10 Ribu Riyal, Pemuda Kongsi Kronologi Di Arab Saudi
Gambar sekadar hiasan

Denda & penjara dikenakan bagi yang degil

Dalam posting yang kini memperoleh lebih 4 ribu retweets, Hasif turut berkongsi hukuman yang bakal dikenakan kepada sesiapa yang ingkar iaitu denda 10 ribu riyal atau bersamaan dengan lebih RM11,000. Malah untuk kesalahan kali kedua, mereka akan dihadapkan ke penjara tak lebih 20 hari. Mengakhiri posting, Hasif sempat menitip doa buat seluruh dunia supaya wabak dapat dihapuskan segera demi mencapai hasratnya untuk pulang ke tanah air menyambut hari raya.

Ingkar Arahan Akan Didenda 10 Ribu Riyal, Pemuda Kongsi Kronologi Di Arab Saudi

Ingkar Arahan Akan Didenda 10 Ribu Riyal, Pemuda Kongsi Kronologi Di Arab Saudi
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter @hasifkamal99


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Ingkar Arahan Akan Didenda 10 Ribu Riyal, Pemuda Kongsi Kronologi Di Arab Saudi

Sharing is caring!