Antarabangsa Isu Semasa

Ingkar Perintah Lockdown, Pihak Berkuasa India Hukum Dengan Cara Unik

Ingkar Perintah Lockdown, Pihak Berkuasa India Hukum Dengan Cara Unik

Sharing is caring!

Penularan wabak COVID-19 yang melanda dunia ketika ini telah menyebabkan beberapa negara mengisytiharkan darurat. Beberapa hari lepas, kerajaan India juga telah melaksanakan total lockdown di negara tersebut ekoran peningkatan mendadak jumlah kumulatif positif serta sikap sambil lewa rakyat.

BACA : Tidak Ambil Serius Tentang Penularan COVID-19, India Isytihar Darurat 3 Minggu


Ingkar Perintah Lockdown, Pihak Berkuasa India Hukum Dengan Cara Unik
Gambar sekadar hiasan

Denda ketuk ketampi

Viral di laman Twitter baru-baru ini pihak berkuasa di wilayah Punjab telah mendenda orang ramai yang ingkar arahan untuk kekal di rumah sepanjang tempoh darurat. Uniknya hukuman yang diberikan bukan berbentuk wang mahupun kekerasan tetapi diperintah untuk membuat ketuk ketampi. Mereka juga dikehendaki melaungkan slogan ‘Kami Musuh Masyarakat, Kami Tidak Boleh Kekal Di Rumah’ semasa menjalani hukuman tersebut. Hukuman tersebut harus dipraktikan kerana tanpa menggunakan kekerasan, ia dapat memberi kesedaran kepada orang ramai. Walau bagaimanapun, bagi sesetengah kawasan pihak berkuasa masih menggunakan cota untuk merotan mereka yang ingkar perintah berkurung.

Ingkar Perintah Lockdown, Pihak Berkuasa India Hukum Dengan Cara Unik
Gambar sekadar hiasan

Tampar sesama sendiri

Di wilayah lain pula, pihak berkuasa mengenakan hukuman yang lebih keras. Video susulan pula memperlihatkann orang ramai yang ingkar arahan kerajaan dikehendaki menampar muka mereka sesama sendiri. Walaupun hukuman tersebut dilihat mampu memberi kesedaran, namun ia bertentangan dengan langkah pencegahan wabak COVID-19 di mana perlu melakukan social distancing. Malah tindakan penguatkuasa itu dianggap tidak berperikemanusiaan selain menyalah gunakan kuasa kepada orang awam.


Ingkar Perintah Lockdown, Pihak Berkuasa India Hukum Dengan Cara Unik
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter Gurpreet Singh Dhillon


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Ingkar Perintah Lockdown, Pihak Berkuasa India Hukum Dengan Cara Unik

Sharing is caring!