Ini Sepatutnya Viral, Bukannya Tik Tok – Pemuda Ini Ajak Sertai Challenge Baru

Acapkali meninjau di ruangan media sosial, ada saja cabaran baru yang sedang ‘trending’ dan menjadi ikutan masyarakat terutama warganet. Mereka tampaknya tidak serik untuk berpartisipasi dalam setiap cabaran ini dan tidak lupa untuk memuatnaiknya di ruangan media sosial masing-masing untuk tujuan hiburan atau sekadar ingin mendapatkan sukaan. Terbaharu, ekoran satu video memaparkan seorang lelaki memungut sampah di ibu kota, seorang pemuda di Twitter ini lantas mengajak pengguna di laman sosial berkenaan untuk menyertai satu cabaran baru.

BACA: [VIDEO] Penyampai Radio ERA Buat #BottleCapChallenge Tapi Ray Paling Power!

Pada bulan Julai lalu, satu video telah tular di ruangan Twitter memaparkan satu perilaku yang tidak selalunya dilihat oleh netizen. Tindakan seorang lelaki yang mengutip sampah di Pavilion telah mendapat pujian malah mencetuskan idea untuk menerbitkan satu cabaran baru. 

Apa kata kita mulakan cabaran baru?

Berikutan video berkenaan, seorang pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama akaun @AmirRozali telah berkongsi semula video itu dan menerbitkan idea untuk membuat satu cabaran baru yang dinamakan sebagai #KutipSampahChallenge.

Kenapa kita tidak memulakan cabaran ini? #KutipSampahChallenge dan bagaimana jika ia menjadi viral dan ikutan, Malaysia akan menjadi negara Jepun seterusnya dalam masa hanya seminggu

Ini yang sepatutnya viral

Menurutnya lagi, perkara sebegini yang sepatutnya diberi perhatian dan bukannya video ‘cringey’ seperti yang berleluasa sekarang dalam aplikasi popular, TikTok. Tambahan pula, media sosial akan memberi pengaruh yang kuat kepada masyarakat.

Idea #KutipSampahChallenge daripada pemuda ini mendapat sambut4n daripada pengikut di laman sosial Twitter malah ramai yang memuji konsep cabaran sebegini. Tambahan lagi, sejak ianya tular beberapa hari yang lepas, ramai pengguna di Twitter turut berkongsi foto yang menandakan mereka sudahpun menyahut cabaran berkenaan. Posting berkenaan telah mendapat lebih 15 ribu retweets dan lebih 7 ribu sokongan. 

Sumber: Twitter AmirRozali & itsjustniel

Apa Komen Anda?