“Ini Ujian Berat Untuk Saya & Fizo..” – Mawar Pula Buka Mulut Isu Rumah Tangga

Rumah tangga pelakon dan usahawan Fizo Omar dan Mawar Karim dikatakan agak goyah apabila mereka tidak menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama seperti tahun yang sebelumnya. Sebelum ini, Mawar juga mengakui sudah pun mendapatkan khidmat nasihat peguam mengenai isu rumah tangga dialami. Namun begitu, dia enggan mendedahkan secara terperinci tentang perkara itu. Terbaru pula, Mawar akhirnya mengulas lanjut tantang kontroversi itu menerusi satu posting panjang di Instagram miliknya.

BACA: Sudah Bertemu Dengan Peguam, Bahtera Fizo Omar Dan Mawar Karim Hadapi Krisis?

Tak perlu asyik nampak kesalahan orang sahaja…diri kita belum cukup sempurna

Menurut pemilik perusahaan tudung ini, dia tidak gemar untuk berkongsi terlalu banyak tentang kisah rumah tangganya di media sosial seperti individu atau selebriti lain gara-gara perlu menjaga nama pelbagai pihak yang berkait dengan dirinya. Apabila isu ini berlaku, dia sentiasa mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa kerana yakin bahawa setiap ujian itu datang atas sebabnya yang tersendiri.

Komunikasi suami isteri penting…jika tidak, benda kecil pun boleh jadi besar

Berkaitan kemelut yang dihadapi itu, Mawar menyatakan bahawa adalah lebih baik jika perkara itu dibincangkan bersama dengan Fizo sahaja dan akan berusaha sebaik mungkin demi anak tunggal mereka iaitu Wan Maryam yang baru berusia 2 tahun. Selain itu, dia turut berharap agar tiada pihak yang ‘menjaja’ spekulasi kurang tepat kerana risau akan mengeruhkan lagi keadaan sedia ada.

Mungkin ini ujian berat untuk saya & Fizo…semoga Allah beri jalan yang terbaik

Tambah Mawar lagi, sesiapa yang mendirikan rumah tangga pasti mempunyai impian untuk hidup dengan bahagia bersama sehingga ke Syurga. Namun saat berdepan dengan ujian yang diturunkan oleh Allah ini, dia dan Fizo akan cuba untuk mempertahankan perkahwinan mereka. Dalam pada itu, dia turut terharu dengan semua pihak yang pernah mendoakan agar krisis rumah tangga ini menemui jalan penyelesaian yang terbaik.

Sumber: IG mawar_karim

Apa Komen Anda?