Viral Isu Semasa

Instafamous Prank Takutkan Orang Guna Gelang Pink, Doktor Bersuara-“Tak Lawak”

Instafamous Prank Takutkan Orang Guna Gelang Pink, Doktor Bersuara-“Tak Lawak”

Sharing is caring!

Pada minggu lalu, seorang Instafamous bernama Chazynash telah menerima respon negatif daripada pihak netizen apabila dia bertindak membuat gurauan tentang wristband atau gelang pink yang sinonim dengan wabak COVID-19. Seperti diketahui ramai, ia merupakan usaha daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bagi ‘menandakan’ bahawa seseorang individu itu perlu menjalani kuarantin selepas pulang dari luar negara. Keperluan tersebut menjadi bukti tentang keseriusan semua pihak dalam membendung penularan pandemik terbabit.

BACA : [VIDEO] Lelaki Bergelang Pink Cetus Panik Rilek Makan Di Kedai, Rupanya Melawak

Bini larang keluar rumah dua minggu…Kantoilah takut bini

Mengulas kembali tindakan yang ditunjukkan dalam rakaman tersebut, lelaki ini dilihat sedang menjamu selera di sebuah kedai makan seorang diri. Kepanikan mula tercetus apabila orang ramai melihat gelang berwarna pink yang dipakai pada tangan kanannya. Namun apabila dilihat semula, rupanya tulisan yang ada di wristband berkenaan adalah larangan keluar rumah daripada isterinya sendiri. Video prank yang dikatakan hanya bertujuan untuk melawak itu diakhiri dengan kemunculan ‘orang rumahnya’ dari belakang kedai.


View this post on Instagram

15/9/2020 – Sorry semua 🙏🏻

A post shared by Chazynash (@chazynash) on

Macam dah takde benda lain nak melawak

Tidak senang hati dengan gurauan sedemikian rupa, seorang pakar perubatan iaitu Dr Nimelesh tampil berkongsikan pendapat peribadinya sendiri di Twitter sebentar tadi. Bagi beliau, tindakan itu seakan-akan memperlekehkan usaha kerasa pihak KKM dalam memastikan keselamatan orang awam selama ini. Netizen seolah-olah bersetuju apabila tweet doktor ini mendapat ribuan retweet sejak dikongsikan.

Instafamous Prank Takutkan Orang Guna Gelang Pink, Doktor Bersuara-“Tak Lawak”

Instafamous Prank Takutkan Orang Guna Gelang Pink, Doktor Bersuara-“Tak Lawak”


Sumber : Instagram Chazynash & Twitter Dr Nimelesh


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini