Instafamous Sah Jadi Suami Isteri, Tapi Baju Pengantin Terkoyak Jadi Tumpuan!

Walaupun sudah berakhirnya kemeriahan Hari Raya Aidiladha pada minggu lalu, nampaknya hujung minggu selepas ini makin meriah pula dengan majlis perkahwinan di serata Malaysia. Antara yang turut tidak ketinggalan adalah couple Instafamous serta pengasas syarikat kosmetik, iaitu Natasya Nazreen dan Asyraff Mazlan. Selepas 9 bulan mengikat tali pertunangan pada 10 November tahun lepas, akhirnya mereka berdua selamat diijabkabulkan pada malam tadi di Hotel Perdana, Kota Bahru, Kelantan.

BACA: Ibu Ayah Bagi Lampu Hijau, Baca Sebab Pengantin Ini Nikah Seawal Usia 20 Tahun!

Antara moment pernikahan Asyraff & Natasya

Video perkahwinan pre wedding Asyraff & Natasya

Sekali Iafaz sah jadi suami isteri

Menurut sumber, Natasya telah sah bergelar isteri kepada Asyraff Mazlan hanya dengan sekali Iafaz sahaja dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga dan teman rapat,  Mereka juga kelihatan menawan dan segak apabila mengenakan busana pengantin berwarna coklat pastel.

Dan dalam banyak-banyak foto yang diambil sepanjang majlis pernikahan itu, paling mencuri tumpuan adalah gambar sewaktu Natasya bersalam dengan suaminya ini. Jika diperhatikan betul-betul di bahagian kanan baju kahwin tersebut, kelihatan seperti ada lubang kecil dipercayai terkoyak semasa Asyraff memakainya.

Baju koyak guys…Saya gemvk masa kahwin

Menganggapnya sebagai antara moment lucu dalam pernikahan ini, Asyraff malah sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa dia sudah semakin berisi semasa waktu berkahwin ini daripada waktu menempah baju tersebut. Ternyata Instagram kedua-dua mempelai ini telah dibanjiri dengan ribuan komen yang mengucapkan tahniah atas pernikahan tersebut, selain terhibur dengan baju terkoyak itu. Difahamkan hari ini mereka menganjurkan majlis persandingan pula.

Sumber: IG asyraffmazlan, natasyanazreen & opaqstudio

Apa Komen Anda?