“Instinct Perempuan Memang Hebat, Apa Saja Yang Lelaki Sorok Mesti Dia Tahu..”

Setiap orang yang sedang melalui fasa percintaan pasti mengimpikan untuk melayari kehidupan berumah tangga pula kan? Malah selalunya kita akan memberikan kasih sayang dan sepenuh kepercayaan terhadap partner masing-masing. Namun hubungan yang indah itu boleh bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kesetiaan antara mereka diuji pula dengan kehadiran ‘pihak ketiga’ atau skandal lain. 

BACA: “Isteri Yang Selalu Jerit Pada Anak2, Dalam Diam Rupanya Dia Tagih Cinta Suami”

Gambar sekadar hiasan

Dulu tak percaya instinct partner ada buat ‘sesuatu’ kat belakang I

Menerusi perkongsian oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Zuliana ini, pada awalnya dia bersikap positif biarpun ada rasa sesuatu yang tidak kena dengan teman lelakinya. Malah dia juga sanggup memaafkan dan beri peluang apabila dia telah ‘kantoi’ melakukan sebuah kesalahan besar. Tapi selepas dinasihati oleh rakan-rakan, akhirnya dia ambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan lelaki terbabit.

Kalau ada orang cakap pasal partner siasat dulu…instinct perempuan memang hebat

Tak cukup dengan itu, bekas teman lelakinya juga pernah memberikan beberapa ‘hadiah’ sebagai tanda pujuk. Namun wanita ini tetap teguh dengan pendiriannya. Walaupun dia bersedih selama kira-kira 2 tahun gara-gara mengambil keputusan tersebut, namun Zuliana tetap percaya bahawa dia layak untuk dapatkan lebih baik lagi. Dia turut menasihati para wanita di luar sana agar terus selidik sesuatu firasat buruk yang dirasai oleh mereka.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Twitter Zuliana_Azira

Apa Komen Anda?