Cinta Family

Ipar Bengang Ibu Asyik Backup Menantu, Sentap Lepas Dengar Alasan Yang Diberi

Ipar Bengang Ibu Asyik Backup Menantu, Sentap Lepas Dengar Alasan Yang Diberi

Sharing is caring!

Kita sering mendengar isu pertelingkahan yang berlaku antara mentua dengan menantu. Baik di kaca televisyen mahupun dunia realiti, perkara itu selalu menjadi bualan hangat. Namun, tidak semua wanita mengalami nasib malang sedemikian rupa. Ada juga yang cukup bertuah kerana dikurniakan ibu mentua berperibadi baik dan melayani dirinya umpama anak sendiri.


BACA: Dia Menantu Saya Hingga Akhirat& – Rozita Jawab Isu Unfollow Datin Shahida

Ibu marah anak sendiri tapi backup menantu…kalau malas nak tolong di dapur pun tak kisah

Tatkala seorang menantu mendapat layanan baik, lain pula isu yang timbul apabila ipar-duai mula merasa tidak senang hati. Dalam pada itu, mereka merasakan seolah-olah si ibu bersikap pilih kasih kerana asyik memenangkan menantu perempuan. Hal sama turut dibincangkan oleh seorang pemuda bernama Sheikh Muadz melalui gambaran sebuah situasi. Enggan dipertikaikan di kemudian hari, ‘mentua syurga’ berkenaan akhirnya memberikan jawapan yang cukup bermakna dan membuka mata ramai.


Ipar Bengang Ibu Asyik Backup Menantu, Sentap Lepas Dengar Alasan Yang Diberi

 

Ipar Bengang Ibu Asyik Backup Menantu, Sentap Lepas Dengar Alasan Yang Diberi
Gambar sekadar hiasan

Syukur menantu boleh terima baik buruk anak lelaki…Jangan asyik fikirkan diri sendiri je

Sememangnya bukan mudah bagi seorang wanita yang baru berkahwin untuk menyesuaikan diri dengan keluarga suaminya. Tapi siapa menyangka, layanan baik itu rupanya suatu penghargaan buat menantu perempuan yang sudah membuat pengorbanan besar saat berkahwin dengan anak lelakinya. Bukan sahaja menjadi tanda apresiasi, malahan si ibu sanggup melupakan sebentar sikap mementingkan diri demi menjaga hati wanita tersebut.


Ipar Bengang Ibu Asyik Backup Menantu, Sentap Lepas Dengar Alasan Yang Diberi

Ipar Bengang Ibu Asyik Backup Menantu, Sentap Lepas Dengar Alasan Yang Diberi
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Instagram sheikhmuadz

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!