Viral Family

“Isteri Always Right”- Suami Ummi Nazeera Kongsi Tips Pilih Partner Yang Betul

“Isteri Always Right”- Suami Ummi Nazeera Kongsi Tips Pilih Partner Yang Betul

Sharing is caring!

Pasti semua orang mahukan perkahwinan yang bahagia hingga akhir hayat. Antara perkara pertama harus dititikberatkan oleh semua orang adalah pemilihan partner yang sesuai dan tips daripada suami kepada aktres Ummi Nazeera ini mungkin boleh membantu kita semua.

BACA: “Ada 2 Benda Ni,Rezeki Lain Menyusul”- Ustaz Don Dedah Tips Perkahwinan Bahagia


Bukan pilih dia je tapi, keluarga dia juga… pilih yang kehidupannya berlandaskan agama

Menerusi Instagram, Dr. Izzar Anwari berpendapat bahawa seseorang itu bukan sahaja perlu memilih insan yang tepat tetapi keluarganya juga perlu dipertimbangkan. Agama merupakan aspek yang terpenting kerana ia menjanjikan kebahagiaan dunia dan akhirat.

“Isteri Always Right”- Suami Ummi Nazeera Kongsi Tips Pilih Partner Yang Betul

“Isteri Always Right”- Suami Ummi Nazeera Kongsi Tips Pilih Partner Yang Betul

Jangan bandingkan partner sendiri dengan orang lain, berbaiklah dengan keluarga mentua

Jelasnya, anda tidak perlulah membuat perbandingan dengan partner orang lain daripada segi penampilannya. Selain itu, menjaga hubungan yang baik dengan keluarga bakal mentua juga adalah penting. Terang pakar perubatan ini lagi, family si dia tidaklah berasa keberatan untuk membantu jika mengalami sebarang masalah.


“Isteri Always Right”- Suami Ummi Nazeera Kongsi Tips Pilih Partner Yang Betul

Cuba cari yang setaraf, jangan terlalu cepat luah perasaan di media sosial

Tips terakhir sekali, cubalah pilih partner yang sesuai daripada segi darjat sosial dan harta. Ini adalah untuk mengelakkan mana-mana pihak berasa dirinya lebih daripada orang lain. Tidak cukup dengan itu, Dr. Izzar juga sempat titipkan pesanan supaya tidak terlalu mudah membawa masalah hubungan ke laman media sosial dan hargailah teman hidup masing-masing.

“Isteri Always Right”- Suami Ummi Nazeera Kongsi Tips Pilih Partner Yang Betul

“Isteri Always Right”- Suami Ummi Nazeera Kongsi Tips Pilih Partner Yang Betul

Sumber: IG Dr. Izzar Anwari


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!

Facebook

Telegram

Topik Panas Minggu Ini