Isteri Bagi Hadiah Poligami, Shuib Ada Hati Nak Tumpang Nasib

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, itulah situasi yang dapat menggambarkan hati suami apabila isterinya dengan kerelaan hati memberi keizinan untuk berkongsi kasih. Walaupun tidak semua suami sebegitu, namun hakikatnya mereka gemar menyakat si isteri dalam hal ini. Itulah yang dilakukan Shuib terhadap Siti Sarah apabila tular kisah seorang isteri bernama Khuzatul Atiqah yang melamar seorang wanita untuk menjadi isteri kedua buat suaminya. 

Baca: Shuib Pujuk Siti Sarah Sebab Kalah, Tapi Dikritik Netizen

Bestnya jadi yang satu dalam sejuta tu

Pelawak popular itu telah berkongsikan semula satu screenshot artikel berkenaan isu terbabit di ruangan Instagramnya. Pada bahagian kapsyen, Shuib telah meluahkan keterujaannya kepada lelaki yang bernasib baik menjadi ‘satu dalam sejuta’ itu. Memanaskan lagi keadaan, dia juga telah tag nama Instagram isterinya pada ruangan terbabit.

Kapsyen terjun lombong itu tidak terhenti disitu apabila Siti Sarah juga telah memuat naik komen di ruangan Instagram Shuib. Sarah dengan sinisnya menyelar kapsyen Shuib itu dan meminta suaminya itu berfikir terlebih dahulu sebelum menulis. Walau bagaimanapun, lain pula yang jadi..

Komen balas suami isteri ini telah menjadi perhatian ramai malah alasan kononnya Instagram milik Shuib itu telah digodam menukar suasana menjadi ceria. Netizen turut berpartisipasi di ruangan komen balas tersebut malah ada juga yang mengusik keberanian pelawak itu memuat naik posting berkenaan. Nampaknya, isu tentang poligami sememangnya suatu perkara yang paling menjadi pantang para isteri setiap kali suami cuba bersenda mengenainya. Posting berkenaan telah mendapat lebih 50 ribu likes setakat ini. 

Sumber: IG Shuib

Apa Komen Anda?