Cinta Family Viral

Isteri ‘Berbunga’ Suami Pakaikan Emas Dari Belakang, Kecewa Rupanya Rantai Beg

Isteri ‘Berbunga’ Suami Pakaikan Emas Dari Belakang, Kecewa Rupanya Rantai Beg

Emas dan wanita boleh dikatakan persis kawan baik. Bukan sahaja cantik dijadikan aksesori badan, malahan barangan kemas juga sangat berguna untuk pelaburan jangka masa panjang kerana nilainya akan mencanak naik dengan konsisten pada setiap tahun. Cuba tanya orang di luar sana, perempuan mana yang tidak sukakan emas?

BACA : Dipertikai Show Off Bawa Cash Beli Emas, Jawapan Wanita Ini Buat Ramai Terdiam

Isteri dah berbunga suami pakaikan rantai emas dari belakang

Namun bagi wanita di bawah pula, hatinya yang berbunga-bunga menerima kejutan seutas rantai emas daripada Encik Suami nyata menjadi benda lain. Tampak sedang syok beraya dan menjamah kuih, tiba-tiba lelaki tersebut menyelinap lantas memakaikan emas berkenaan dari belakang.


Isteri ‘Berbunga’ Suami Pakaikan Emas Dari Belakang, Kecewa Rupanya Rantai Beg

Rupanya bukan emas…Tapi tali beg tangan isteri sendiri

Akan tetapi, pemberian itu tinggal angan-angan kosong kerana rupanya ia bukanlah aksesori emas seperti yang sudah dibayangkan. Sebaliknya, ia adalah rantai beg tangan isterinya sendiri yang kebetulan mempunyai warna kuning keemasan.

@_saifuladli

♬ original sound – iyanlegazpi – iyanLopezDeLegazpi

Buat berharap je, ala kesiannya dia…Dia punya senyum dah sampai telinga akhirnya kecewa

Meraih jutaan tontonan sejak dimuat naik kelmarin, netizen turut terhibur dan sama-sama tertipu dengan gurauan kasar si suami. Dalam sudut lain pula, mereka menyifatkan prank berkenaan akan membuatkan isteri lebih berharap diberikan emas sebenar suatu hari nanti.


Isteri ‘Berbunga’ Suami Pakaikan Emas Dari Belakang, Kecewa Rupanya Rantai Beg Isteri ‘Berbunga’ Suami Pakaikan Emas Dari Belakang, Kecewa Rupanya Rantai Beg

Isteri ‘Berbunga’ Suami Pakaikan Emas Dari Belakang, Kecewa Rupanya Rantai Beg

Isteri ‘Berbunga’ Suami Pakaikan Emas Dari Belakang, Kecewa Rupanya Rantai Beg


Kredit : TikTok saifuladli

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Isteri ‘Berbunga’ Suami Pakaikan Emas Dari Belakang, Kecewa Rupanya Rantai Beg

Facebook

Telegram