Family Inspirasi

Isteri Bukan Demand Nak Suami Berharta Saja, Ini Hal Lain Yang Dimahukan Mereka

Isteri Bukan Demand Nak Suami Berharta Saja, Ini Hal Lain Yang Dimahukan Mereka

Dalam alam rumah tangga, kedua-dua suami isteri memainkan peranan penting dalam memastikan perkahwinan sentiasa teguh. Saling memahami tanggungjawab masing-masing merupakan salah satu kunci kebahagiaan sebuah mahligai yang telah dibina. Setelah mengharungi cabaran berumah tangga selama 3 tahun, seorang pemilik akaun Twitter, Amir Rahim sempat berkongsi pandangan apa sebenarnya yang dimahukan wanita dalam perkahwinan masing-masing.


BACA: Lelaki Tak Malu Mesej Perempuan Lain Sebab Bosan  Sebelum Kahwin Dah Gatal..

Isteri Bukan Demand Nak Suami Berharta Saja, Ini Hal Lain Yang Dimahukan Mereka

Wife aku suka aku boleh imamkan solat bila balik kampung

Memandangkan timbul isu mengenai wanita yang sering demand dalam mencari calon suami, lelaki ini tampil memberi pandangan tentangnya. Dia yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak menekankan para lelaki untuk menjaga tanggungjawab agama terlebih dahulu. Tiada apa yang lebih menggembirakan daripada melihat suami sendiri menjadi imam ketika menunaikan solat. 

Isteri Bukan Demand Nak Suami Berharta Saja, Ini Hal Lain Yang Dimahukan Mereka

Isteri Bukan Demand Nak Suami Berharta Saja, Ini Hal Lain Yang Dimahukan Mereka
Gambar Sekadar Hiasan

Duit boleh jamin kemewahan tapi tidak boleh jamin kebahagiaan

Begitu juga daripada segi kewangan. Sebenarnya bukan harta yang dicari tapi bahagia. Tidak dinafikan duit yang banyak boleh menjanjikan kemewahan namun belum tentu dapat menjamin kebahagiaan yang hakiki. Apa guna mempunyai wang ringgit yang banyak tapi tidak dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta dek kerana kesibukan bekerja kan?


Isteri Bukan Demand Nak Suami Berharta Saja, Ini Hal Lain Yang Dimahukan Mereka

 

 

Isteri Bukan Demand Nak Suami Berharta Saja, Ini Hal Lain Yang Dimahukan Mereka
Gambar Sekadar Hiasan

Cuba layan mentua sebaik seperti layan ibu bapa sendiri

Bila sudah berkahwin dengan si isteri, diibaratkan seperti turut berkahwin dengan seluruh keluarganya. Tiada apa yang paling membahagiakan buat wanita itu apabila melihat lelaki kesayangannya dapat bergaul bersama ahli keluarga dan saudara mara lain. Ditambah lagi dengan sikap suami yang mampu membahagiakan kedua mentua seperti ibu bapanya sendiri. 


Isteri Bukan Demand Nak Suami Berharta Saja, Ini Hal Lain Yang Dimahukan Mereka

Sumber: Twitter Amir Rahim

 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Isteri Bukan Demand Nak Suami Berharta Saja, Ini Hal Lain Yang Dimahukan Mereka

Facebook

Telegram