Viral

Isteri Dah Nak Bersalin, Suami Sibuk ‘Tackle’ Nurse Sampai Tergamak Jatuh Talak

Isteri Dah Nak Bersalin, Suami Sibuk ‘Tackle’ Nurse Sampai Tergamak Jatuh Talak

Sharing is caring!

Tidak dinafikan setiap rumah tangga mana mungkin hanya melalui detik membahagiakan sepanjang masa. Kadangkala dalam kegembiraan menyulam kasih sayang, pasti ada masalah yang datang menyinggah sebagai penguat kasih. Namun jika kemelut itu terus berlarutan, risau boleh membawa kepada perpisahan atau keretakan rumah tangga.

BACA : Sedih Lepas Dapat Tawaran UPU, Pemuda Akui Pahit Berpisah Dengan ‘Geng Sekolah’


Berkahwin tu memang indah tapi difikir banyak perkara

Terpanggil berhubung isu tersebut, peguam bernama Sheikh Muadz tampil mendedahkan realiti sebenar yang berlaku dalam alam rumah tangga yang membawa kepada perpisahan. Menerusi posting di Instagramnya, beliau menekankan bahawa perkahwinan bukan satu perkara yang dipandang remeh dan perlu ditambah baik dengan ilmu rumah tangga yang secukupnya.

Isteri Dah Nak Bersalin, Suami Sibuk ‘Tackle’ Nurse Sampai Tergamak Jatuh Talak

Isteri Dah Nak Bersalin, Suami Sibuk ‘Tackle’ Nurse Sampai Tergamak Jatuh Talak
Gambar Sekadar Hiasan

Tergamak jatuh talak hanya sebab isteri cacat..

Ujar Sheikh, seorang ketua keluarga sepatutnya menjadi pendamping isteri ketika sedang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriat. Namun dukacitanya pernah ada suami yang tergamak mengorat nurse ketika sang isteri dalam proses melahirkan. Lebih menghibakan apabila seorang wanita dijatuhkan talak oleh suaminya gara-gara mengalami kecacatan. Malah individu berkenaan juga enggan bertanggungjawab menguruskan persalinan si isteri yang kini hanya terlantar lemah di katil dengan alasan menyusahkan.


Isteri Dah Nak Bersalin, Suami Sibuk ‘Tackle’ Nurse Sampai Tergamak Jatuh Talak

Isteri Dah Nak Bersalin, Suami Sibuk ‘Tackle’ Nurse Sampai Tergamak Jatuh Talak
Gambar Sekadar Hiasan

Kenal hati budi dahulu & jangan memilih secara membuta tuli..

Tegas pemuda ini lagi, perkongsian tersebut bukan untuk menakut-nakutkan mereka yang bakal mendirikan rumah tangga. Tetapi sebagai membuka mata masyarakat bahawa pentingnya kerjasama antara suami isteri dalam pengurusan rumah tangga.

Isteri Dah Nak Bersalin, Suami Sibuk ‘Tackle’ Nurse Sampai Tergamak Jatuh Talak

Isteri Dah Nak Bersalin, Suami Sibuk ‘Tackle’ Nurse Sampai Tergamak Jatuh Talak
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Instagram sheikmuadz


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!