Family Artis

Isteri Dikacau Jam 11 Malam, Caprice Arah Lelaki Botak Mohon Maaf Dalam 24 Jam

Isteri Dikacau Jam 11 Malam, Caprice Arah Lelaki Botak Mohon Maaf Dalam 24 Jam

Kini bahagia menjalani hidup sebagai seorang bapa, rapper terkenal iaitu Caprice baru-baru ini meluahkan kesalnya setelah isterinya dipercayai menerima gangguan daripada lelaki asing. Perkara itu didedahkan menerusi sebuah video di Instagramnya beberapa jam lalu. Jika dahulu Farra Inalis menjadi sasaran kecaman netizen atas kontroversi dilalui oleh Cap, siapa sangka ada dugaan lain pula melanda.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Bila orang start melampaui batas & buat kita risau pasal keselamatan family

Dalam video terbabit, Caprice membongkarkan mesej-mesej ‘miang’ yang dihantar oleh lelaki botak berkenaan kepada Farra sekitar jam 11 malam. Mendidih hati Caprice setelah melihat gangguan tersebut terjadi apalagi ia seakan-akan mula menggugat keselamatan mereka sekeluarga.

Isteri Dikacau Jam 11 Malam, Caprice Arah Lelaki Botak Mohon Maaf Dalam 24 Jam

Firstly Malaysian, Caprice tak kisah korang nak benci Caprice

Meskipun pada awalnya mereka mengabaikan mesej terbabit selain menganggap ia tidak serius, tanpa disangka-sangka lelaki itu berterusan melakukan hal sama. Justeru itu, Caprice menuntut agar permohonan maaf secara bersemuka segera dibuat dalam masa 24 jam.

Mesti dia bajet Eli akan suka dia sebab dia botak macam Cap…Please jangan kacau isteri orang

Menerusi ruangan komen, ramai netizen turut meluahkan rasa terkejut dengan gangguan yang dihadapi oleh Farra. Selain itu, mereka memuji tindakan tegas Caprice yang tampil melindungi anak isteri daripada menjadi sasaran gangguan orang luar.

Isteri Dikacau Jam 11 Malam, Caprice Arah Lelaki Botak Mohon Maaf Dalam 24 Jam

Isteri Dikacau Jam 11 Malam, Caprice Arah Lelaki Botak Mohon Maaf Dalam 24 Jam

Isteri Dikacau Jam 11 Malam, Caprice Arah Lelaki Botak Mohon Maaf Dalam 24 Jam

Kredit : IG Caprice

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Isteri Dikacau Jam 11 Malam, Caprice Arah Lelaki Botak Mohon Maaf Dalam 24 Jam

Facebook

Telegram