Ketika hidup bujang, BFF adalah insan yang paling banyak menemani di kala waktu susah dan juga senang. Namun apabila salah seorangnya sudah berkahwin, kita haruslah hormat kepada privasi mereka bersama keluarga. Namun siapa sangka bagi seorang isteri ini, dia seakan-akan terpaksa berebut perhatian dan kasih sayang dengan rakan baik suami sendiri.
BACA :Â Suami Miliki Anak Kandung Lain, Isteri Tahan Nangis Ikhlas Terima Masa Silam
Tengah ada masalah dengan suami & nak bincang lepas balik kerja, tiba-tiba mamat tu datang rumah
Sedang berbadan dua, wanita berkenaan buntu memikirkan sikap lelaki terbabit yang kerap mengajak suaminya keluar lepak hampir setiap hari. Belum penat berehat seharian mencari rezeki, rakan baik tersebut akan meluahkan segala masalah tempat kerja tanpa henti. Meskipun sudah dilarang untuk datang ke rumah kerana ada isu peribadi perlu diselesaikan, dia tetap tebalkan muka melangkah masuk tanpa rasa bersalah.
Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)

Kalau dia call husband tak angkat, nanti dia call saya…Bila suami balas mesej atau panggilan, baru dia stop
Bukan sahaja tidak faham bahasa, malah terkadang BFF terbabit gemar memberikan nasihat kepada wanita itu dengan alasan lebih mengenali suaminya. Sedar mereka sudah lama berkawan baik, namun jauh di sudut seorang isteri sebenarnya mahu menghabiskan masa terluang dengan pasangan hidup sendiri.

Sebenarnya dia takde kawan lain yang rapat & sanggup dengar dia merungut hari-hari
Berkaitan dakwaan bahawa si kawan itu mempunyai ‘taste sejenis atau menyimpan perasaan suka kepada suami wanita tersebut, penafian sudah pun dibuat. Setelah ditegur secara depan-depan, akhirnya dia berhenti menganggu rumah tangga pasangan ini. Rupa-rupanya, memang ramai merasa kurang senang dengan sikap clingy lelaki terbabit yang pastinya cukup merimaskan dan menjengkelkan sekali.

Kredit : Twitter Twt Wedding
Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura