Isteri Hamil Luar Rahim – Fallopian Tube Kena Potong, Anak Terpaksa ‘Dibuang’!

Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran cahaya mata sulung pastilah berita yang paling dinantikan oleh setiap suami dan isteri. Dalam keterujaan untuk menyambut ahli keluarga baharu itu, biasanya mereka akan memberikan perhatian lebih seperti kerap membawa check up dan sebagainya. Namun hasrat seorang lelaki bernama Dinie untuk menimang zuriat pertama tidak kesampaian apabila isterinya disahkan mengandung di luar rahim.

BACA: “3 Pagi Aku Terjaga, Baby Dah Tak Bergerak” – Aku Terus Kejut Suami Tapi…

Ikuti perkongsian olehnya yang viral di laman Twitter sejak semalam.

5 hari lepas wife tunjuk ni…kami happy teruk bakal jadi ayah & mak

Selepas mengetahui berita kehamilan itu, mereka bertandang ke pusat rawatan untuk membuka buku pranatal atau lebih dikenali sebagai ‘buku merah’ yang digunakan untuk merekod perkembangan kehamilan serta tarikh temujanji dengan doktor. Namun keadaan menjadi tegang apabila isterinya, Fatimah dipanggil oleh doktor untuk scanning.

Appointment bulan 7, aku dah tak sabar ni

Doktor tanya sure ke positif preganancy test tu? 

Scan perut tak nampak, hCG lebih 1000…isteri suspect mengandung di luar rahim

Kandungan mungkin kat Fallopian Tube…kena cari & buang

Gara-gara masalah itu, kandungan pertama mereka terpaksa digugurkan. Menurut nasihat doktor, isterinya itu masih berpeluang untuk hamil lagi, cuma peluang untuk perkara sama berulang lebih tinggi daripada orang lain.

5 hari semangat nak jadi ayah tapi dah ditarik balik

Dalam pada itu, dia kini memohon doa orang ramai agar proses rawatan yang perlu ditempuhi oleh isterinya itu berjalan lancar.

Kekal kuat sayang…doa & semangat I selalu untuk you

Sayu tengok muka isteri…love you sweetheart

Sumber: Twitter dinieziliqram

Apa Komen Anda?