Inspirasi Isu Semasa Kesihatan

Isteri Jadi Frontliners Merawat COVID-19 Di Arab Saudi, Suami Dedah Keadaannya

Isteri Jadi Frontliners Merawat COVID-19 Di Arab Saudi, Suami Dedah Keadaannya

Sharing is caring!

Hari demi hari, COVID-19 mencatatkan rekod baru dengan jumlah peningkatan yang sangat drastik dan semalam Malaysia telah mencatatkan dua kehilangan nyawa akibat COVID-19. Sebanyak 12o rekod baru diterima dan menjadikan jumlah positif di Malaysia adalah seramai 673 manakala 12 individu lagi sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

BACA: Kesihatan Mula Merosot, Akhirnya COVID-19 Ragut Nyawa Pertama Di Malaysia

Isteri bertugas di Taif, Arab Saudi

Dalam pada itu, seorang lelaki sempat mendedahkan kisah tentang isterinya. Menurut lelaki ini, suri hatinya sedang bertugas sebagai doktor di Taif, Arab Saudi bagi menangani virus COVID-19. Doktor tersebut mendedahkan keadaan sebenar petugas kesihatan yang perlu merawat dengan memakai sut perlindungan badan dan hanya dapat membuka topeng muka jika ingin makan dan berehat. 


Isteri Jadi Frontliners Merawat COVID-19 Di Arab Saudi, Suami Dedah Keadaannya

Isteri Jadi Frontliners Merawat COVID-19 Di Arab Saudi, Suami Dedah Keadaannya
Gambar Sekadar Hiasan

Bantu dengan menjaga kesihatan diri

Eli sempat juga mengucapkan terima kasih dan berdoa agar semua petugas kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan ahli keluarga mereka dipermudahkan urusan serta selamat dalam menghadapi virus COVID-19. Dia menggesa agar orang ramai membantu meringankan beban mereka dengan sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan diri. 


Isteri Jadi Frontliners Merawat COVID-19 Di Arab Saudi, Suami Dedah Keadaannya

Semoga semua medical team diberi kekuatan

Perkongsian itu telah mendapat perhatian dan rata-rata netizen telah memuji tanggungjawab doktor yang sanggup berdepan risiko dalam membantu orang ramai. Mereka telah mengucapkan terima kasih serta memohon agar diberikan kekuatan dan ketabahan kepada semua petugas dalam menjalankan khidmat dengan baik.

 

Isteri Jadi Frontliners Merawat COVID-19 Di Arab Saudi, Suami Dedah Keadaannya

Isteri Jadi Frontliners Merawat COVID-19 Di Arab Saudi, Suami Dedah Keadaannya

Sumber : Twitter Eli Rahman


Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Isteri Jadi Frontliners Merawat COVID-19 Di Arab Saudi, Suami Dedah Keadaannya

Sharing is caring!