Hiburan Kehidupan

Isteri Korea Gigih Tunjuk Cara Masak Dumpling, Tapi Guna Istilah Melayu Merapu

Isteri Korea Gigih Tunjuk Cara Masak Dumpling, Tapi Guna Istilah Melayu Merapu

Sharing is caring!

Sebagai seorang saudari baru dan masih mempelajari Bahasa Melayu, Maryam You Narae pasti mempunyai masalah untuk berkomunikasi. Namun, isteri Korea masih lagi gigih untuk bertutur dalam bahasa kebangsaan rakyat Malaysia walaupun sering disakat oleh suaminya.

BACA:[VIDEO] Mengalir Air Mata Jantan, Lihat Isteri Terpaksa Bersalin Sendirian


Hari ni Maryam nak masak dumpling

Menerusi Instagram, Instafamous mualaf ini telah berkongsi resepi untuk membuat dumpling atau dikenali sebagai mandu dalam Bahasa Korea. Isteri kepada bekas wartawan ini kelihatan begitu ceria dan excited ketika menerangkan cara-cara untuk membuat juadah berkenaan dalam Bahasa Melayu walaupun masih tidak begitu fasih.

Isteri Korea Gigih Tunjuk Cara Masak Dumpling, Tapi Guna Istilah Melayu Merapu

“Cebok kuat-kuat tauhu ini”

Ketika dia sedang ‘syok’ memasak, suaminya iaitu Ryzal Ibrahim datang mencelah dan berkata ‘cebok’ membawa maksud ‘perah’ dalam Bahasa Melayu. Tanpa berfikir panjang, Maryam terus menggunakan perkataan tersebut walhal dia tidak tahu maksudnya sudah menyimpang daripada erti yang sebenar. Sehinggalah seorang penonton menjelaskan maksud perkataan tersebut barulah Maryam menyedari dia telah dipermainkan oleh suaminya.


Aigoo…confident betul dia guna perkataan cebok

Menjengah di ruangan komen pula, rata-rata netizen sangat terhibur dengan usikan Ryzal kepada isterinya itu. Mereka juga memuji kecomelan wanita berusia 28 tahun itu kerana begitu yakin dan bersungguh-sungguh menggunakan perkataan tersebut demi menerangkan proses masakan yang betul kepada para penonton. Setakat ini, rakaman tersebut telah mendapat lebih 400 ribu tontonan di Instagram.

Isteri Korea Gigih Tunjuk Cara Masak Dumpling, Tapi Guna Istilah Melayu Merapu

Isteri Korea Gigih Tunjuk Cara Masak Dumpling, Tapi Guna Istilah Melayu Merapu

 

 

Isteri Korea Gigih Tunjuk Cara Masak Dumpling, Tapi Guna Istilah Melayu Merapu

Sumber: IG maryamyunrrr


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Sharing is caring!