Hiburan Family

Isteri Lama Sangat Shopping, Gelagat Para Suami Disidai Luar Premis Lucu Habis

Isteri Lama Sangat Shopping, Gelagat Para Suami Disidai Luar Premis Lucu Habis

Setiap kali tibanya musim perayaan, sudah pasti banyak tawaran menarik yang mengiurkan untuk dibeli. Waktu itu juga akan menjadi satu ‘dugaan’ buat para lelaki kerana perlu menemani si isteri ke pusat membeli belah. Mana tidaknya, ada yang sampai berjam-jam memilih barang sehingga lenguh kaki suami menunggu.

BACA: Penangan 12.12, Pening Nubhan Layan Kerenah Isteri Shopping Disuruh Istighfar

Terserempak barisan lelaki kena sidai, ramai boleh relate dengan keadaan sekarang

Sama juga seperti perkongsian individu ini sehingga ramai boleh relate dengan keadaan sekarang yang sibuk melakukan persiapan raya. Berdasarkan sorotan mael_licious di TikTok, dia ketika itu dilihat sedang berjalan-jalan di sebuah mall. Bagaimanapun, hatinya mula terhibur apabila terserempak dengan barisan lelaki yang menunggu di luar sebuah premis.

Isteri Lama Sangat Shopping, Gelagat Para Suami Disidai Luar Premis Lucu Habis

Pengorbanan seorang lelaki setiap kali pergi shopping

Selepas diperhati, rupanya mereka semua sedang menunggu isteri masing-masing yang sakan shopping. Berdasarkan klip berkenaan, pelbagai ragam ditunjukkan termasuklah duduk di atas lantai, bersandar dan berdiri. Lebih menghiburkan, aksi termenung jauh daripada lelaki bertopi hitam itu pula mendapat perhatian selepas seakan-akan ‘dilupakan’ oleh orang rumah yang leka memilih barang.

@mael_licious

#ramadan #raya

♬ Air Mata Syawal – Siti Nurhaliza

Abang topi itam tu saya rasa bini dia dah dua hari tak keluar tu…tabahlah sahabat dalam menunggu

Menjengah pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa geli hati melihat masalah yang sering berlaku apabila tiba musim raya itu. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman sama sehingga terpaksa menunggu selama berjam-jam.

Isteri Lama Sangat Shopping, Gelagat Para Suami Disidai Luar Premis Lucu Habis

Isteri Lama Sangat Shopping, Gelagat Para Suami Disidai Luar Premis Lucu Habis

Isteri Lama Sangat Shopping, Gelagat Para Suami Disidai Luar Premis Lucu Habis

Kredit: TikTok mael_licious

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Isteri Lama Sangat Shopping, Gelagat Para Suami Disidai Luar Premis Lucu Habis

Facebook

Telegram