cinta * perhubungan Family Viral

Isteri Lompat Riang Di Acara Gender Reveal, Suami Buat Muka Menyampah & Menjauh

Isteri Lompat Riang Di Acara Gender Reveal, Suami Buat Muka Menyampah & Menjauh

Menangis atau menjerit adalah reaksi biasa orang di majlis gender reveal. Jika saudara terdekat pun boleh terpekik keriangan bagaikan orang gila, pastinya suami isteri sendiri jauh lebih teruja mengetahui jantina bayi yang bakal lahir menjadi penyeri rumah tangga mereka.

BACA : Isteri Seronok Buka Payung Gender Reveal, Suami Kecewa Anak Ke-3 Perempuan Lagi

Suami tular wajah nampak macam ‘menyampah’ di majlis gender reveal sendiri

Malangnya bagi seorang wanita ini, dia ibarat terpaksa mengekalkan mood gembira meskipun suaminya mula membuat ‘perangai’ di acara bermakna tersebut. Setelah asap merah jambu melayang ke udara memandangkan mereka akan menimang anak perempuan, lelaki itu malah tidak terlihat excited suka langsung.

Isteri Lompat Riang Di Acara Gender Reveal, Suami Buat Muka Menyampah & Menjauh

Isteri cuma meloncat keriangan seorang diri & suami menjauhkan diri

Membiarkan isterinya meraikan moment itu sendiri tanpa dakapan mesra atau kucupan manja, dia terus berlalu pergi ke tepi dengan muka berlagak sambil tangannya disisip ke dalam poket seluar. Tidak seperti bakal-bakal bapa yang lain, sepertinya kewujudan bayi tersebut tak memberikan keterujaan sama buat si suami.

@ideal.gender.reveal

#genderrevealparty #babygirl #itsagirl #itsagirl🎀 #genderreveal

♬ Still Don’t Know My Name – Labrinth

Siap masukkan tangan dalam poket seluar lagi…Sedihnya tengok…Sis & anak akan lagi happy tanpa dia

Meraih berjuta-juta jumlah tontonan, ramai netizen akui begitu sedih melihat situasi ibu hamil tersebut. Dengan reaksi negatif yang ditunjukkan menerusi video berkenaan, mereka berpendapat wanita itu akan lebih bahagia menjalani hidup tanpa sosok seorang suami di sisi jika ia hanya memberikan rasa sedih.

Isteri Lompat Riang Di Acara Gender Reveal, Suami Buat Muka Menyampah & Menjauh

Isteri Lompat Riang Di Acara Gender Reveal, Suami Buat Muka Menyampah & Menjauh

Isteri Lompat Riang Di Acara Gender Reveal, Suami Buat Muka Menyampah & Menjauh

Kredit : TikTok ideal gender reveal

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Isteri Lompat Riang Di Acara Gender Reveal, Suami Buat Muka Menyampah & Menjauh

Facebook

Telegram