Family Cinta Inspirasi

Isteri Mengidam Juadah Zaman Study, Suami Gigih Drive Dari Kedah Ke Shah Alam

Isteri Mengidam Juadah Zaman Study, Suami Gigih Drive Dari Kedah Ke Shah Alam

Sepanjang melayari alam rumah tangga, tidak dinafikan bermacam-macam ragam boleh berlaku. Namun sebagai ketua keluarga, para suami perlulah menahan sabar apabila melayan karenah isteri. Hal itu termasuklah apabila mereka secara tiba-tiba mengidam sesuatu yang mungkin sukar untuk didapatkan.


BACA: Dek Pembawakan Budak, Wanita Hamil Lepas Gian Ngidam Bau Gel Pencuci Lantai

Bila wife hang teringin nasi ayam time study

Begitulah situasi yang dialami oleh individu ini apabila berdepan dengan hasrat ‘pelik’ orang rumahnya. Menerusi perkongsian nabilothmancwl di laman TikTok, dia dikejutkan dengan permintaan daripada isteri yang mengidam untuk menjamu juadah berhampiran tempat belajarnya dahulu. Namun, apa yang mengejutkan adalah premis itu terletak di Shah Alam sedangkan mereka sekarang tinggal di Kedah.

Isteri Mengidam Juadah Zaman Study, Suami Gigih Drive Dari Kedah Ke Shah Alam

Suami sanggup redah perjalanan sejauh 440 KM

Tak sampai hati lihat isteri kecewa, lelaki tersebut akhirnya ikut sahaja permintaan isterinya sebelum bergerak ke Alor Star, Kedah. Lebih mengharukan, si suaminya juga sanggup menempuh perjalanan sejauh 440 KM demi menunaikan keinginan insan tercinta. Biarpun jauh, sekurang-kurangnya dia berpuas hati dapat melihat kegembiraan wanita itu ketika menjamah makanan berkenaan.


@nabilothmancwl

bila wife hang teringin nasi ayam time study, hang sanggup redah AS➡️ SHAH ALAM 440km 😉😍 #fypシ #pimanabil

♬ suara asli – 🤎𝓭𝓭_𝓮𝓷𝔂〽️ – 🤎𝓭𝓭_𝓮𝓷𝔂〽️

Mantap bang isteri seronok murah rezeki…ada yang kata sampai sekarang akak ni masih geleng kepala

Menjengah pula pada ruangan komen, rata-rata netizen turut berasa teruja melihat kesungguhan seorang suami untuk mengembirakan hati isteri tercinta. Malah, ada juga  yang sempat mendoakan agar hubungan pasangan itu berkekalan sampai bila-bila.


Isteri Mengidam Juadah Zaman Study, Suami Gigih Drive Dari Kedah Ke Shah Alam

Isteri Mengidam Juadah Zaman Study, Suami Gigih Drive Dari Kedah Ke Shah Alam

Isteri Mengidam Juadah Zaman Study, Suami Gigih Drive Dari Kedah Ke Shah Alam

Isteri Mengidam Juadah Zaman Study, Suami Gigih Drive Dari Kedah Ke Shah Alam

Kredit: TikTok nabilothmancwl

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Isteri Mengidam Juadah Zaman Study, Suami Gigih Drive Dari Kedah Ke Shah Alam

Facebook

Telegram