Viral

Isteri Nak Makeup Tapi Sibuk Nak ‘Meleset’ Dekat-Dekat, Suami Pasrah Kena Marah

Isteri Nak Makeup Tapi Sibuk Nak ‘Meleset’ Dekat-Dekat, Suami Pasrah Kena Marah

Walaupun kadangkala rimas asyik disakat tanpa henti, sebenarnya gurauan di antara suami isteri adalah penting untuk mengeratkan ukhuwah perkahwinan. Berbanding dengan isteri, kebanyakan suami memiliki sikap selamba dan lebih kelakar sekali gus menambahkan ‘warna’ dalam kehidupan berumah tangga. Sama seperti kisah suami isteri di TikTok ini, hubungan mereka berdua mendapat perhatian ramai netizen ekoran lawak jenaka yang sering ditunjukkan.

BACA : Bersemut Screen- Gelagat Suami Bila Isteri Cuba Batalkan Wudhuk Lawak Habis

Inikah yang disebut cinta? Bini makeup sibuk nak ‘meleset’

Beberapa hari lalu, mereka memuat naik sebuah video tatkala si isteri sedang sibuk bersolek di hadapan cermin. Dengan niat mengusik, suaminya mula merapatkan badan ke isteri sambil menyanyikan sebuah lagu berunsurkan cinta. Apa yang melucukan adalah apabila dia mendendangkan lagu berkenaan dekat dengan telinga wanita itu. Rimas dengan gurauan suaminya, dia terus menjerit dan menepis lelaki itu ke belakang sebelum menyambung semula solekan seperti biasa.

@qfzckar96op

inikah yg disebut cinta😭

♬ bunyi asal – ATAATA – ATAATA

Suka kacau bini dia…Banyak kali aku ulang

Dengan wajah terkejut, si suami nampaknya masih belum serik membuat gangguan berkenaan. Dalam beberapa saat, dia menyambung nyanyian sebelum mendengar kembali jeritan garang isterinya untuk kali kedua. Dia benar-benar terkedu dan meminta anaknya untuk sama-sama berdiam. Disangka sudah berakhir, usikan itu diteruskan lagi sebelum akhirnya dia pasrah dimarah isteri. Mendapat lebih setengah juta tontonon sejak dimuat naik, netizen mengakui sangat terhibur melihat gelagat mereka. 

Isteri Nak Makeup Tapi Sibuk Nak ‘Meleset’ Dekat-Dekat, Suami Pasrah Kena Marah

Isteri Nak Makeup Tapi Sibuk Nak ‘Meleset’ Dekat-Dekat, Suami Pasrah Kena Marah

Isteri Nak Makeup Tapi Sibuk Nak ‘Meleset’ Dekat-Dekat, Suami Pasrah Kena Marah

 

Sumber : TikTok ATAATA

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Isteri Nak Makeup Tapi Sibuk Nak ‘Meleset’ Dekat-Dekat, Suami Pasrah Kena Marah

Facebook

Telegram

Kasut