Viral Artis Keibubapaan

Isteri Nangis Hantar Anak Sekolah, Fizz Fairuz Terbayang Duduk Rumah Orang Tua

Isteri Nangis Hantar Anak Sekolah, Fizz Fairuz Terbayang Duduk Rumah Orang Tua

Kemeriahan rumah tangga Datuk Fizz Fairuz dan Datin Almy Nadia yang mempunyai ramai anak selalu menarik perhatian ramai. Baru-baru ini, pasangan selebriti tersebut telah berkongsikan detik-detik sebelum salah seorang puteri mereka dihantar masuk ke sekolah untuk kali pertama.

BACA : Padan Muka Ibu Dia Dah Takde Anak Shuib Menangis Sedih Diejek Rakan Sekolah

Hari pertama masuk sekolah for Yayang…Mata Mama masuk habuk, cepat betul anak besar

Sama seperti ibu-ibu yang lain, Datin Almy akui merasa sebak memandangkan masa berlalu dengan begitu pantas menyaksikan anak sendiri semakin menginjak dewasa. Persediaan awal telah pun diajarkan termasuklah apa yang perlu dibuat sekiranya si kecil itu terasa mahu pergi ke tandas.

Tinggal kita bertiga je Yang…Lama-lama kita tinggal berdua, duduk rumah orang-orang tua

Tatkala ada kanak-kanak yang akan menangis, gadis kecil tersebut dikatakan tidak toleh belakang memandang ibu ayahnya. Dalam perjalanan pulang di dalam kereta, Datin Almy terlihat menangis sebelum kembali tertawa mendengar gurauan suaminya. Datuk Fizz Fairuz sempat membayangkan suatu hari nanti mereka berdua akan tinggal di rumah orang tua lantaran semua anak sudah membawa haluan sendiri.

Perasaan yang sama Datin, pejam celik dah besar…Esok anak-anak kahwin semua ikut suami…Tinggallah berdua je

Begitu memahami perasaan yang sedang dirasai oleh Datin Almy, ramai netizen berkongsikan gambaran sama apabila anak-anak membina kehidupan sendiri nanti. Di suatu sudut lain, mereka amat terhibur kerana pelakon itu sempat ‘loyar buruk’ demi menggembirakan semula isterinya.

Isteri Nangis Hantar Anak Sekolah, Fizz Fairuz Terbayang Duduk Rumah Orang Tua

Isteri Nangis Hantar Anak Sekolah, Fizz Fairuz Terbayang Duduk Rumah Orang Tua

Isteri Nangis Hantar Anak Sekolah, Fizz Fairuz Terbayang Duduk Rumah Orang Tua

Kredit : Instagram AlmyNadiaOfficial

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Isteri Nangis Hantar Anak Sekolah, Fizz Fairuz Terbayang Duduk Rumah Orang Tua

Facebook

Telegram

Facemask For Kids