Viral Hiburan perhubungan

Isteri Rakam Suami Tiba Di Airport, Sekali Tersama Baju Dengan Perempuan Lain

Isteri Rakam Suami Tiba Di Airport, Sekali Tersama Baju Dengan Perempuan Lain

Sudah menjadi tabiat biasa seorang isteri, mereka suka merakam video keluarga tercinta untuk disimpan sebagai kenang-kenangan. Namun bagi seorang wanita bernama Puan Abby ini, siapa menduga dia secara tidak sengaja terakam perkara melucukan ketika menyambut kepulangan suami tercinta di airport.

BACA : [VIDEO] Kawan Bujang Bahan Lunch Makan Bekal Isteri, Lelaki Ini Tak Melenting

Niat nak rakan suami sampai airport, tapi suami kau tersama baju dengan perempuan lain

Seperti yang dibuat oleh ramai orang, Puan Abby juga sabar menantikan kemunculan suaminya di balai ketibaan dan mula merakam moment berkenaan. Apabila lelaki itu kian menghampiri sambil menolak troli bagasi, seorang penumpang lain di belakang dilihat kebetulan memakai baju bercorak belang-belang yang amat sama.

@4bbywaff4

Hahahahha terus nda dpt record sampai habis sebab terkejut 🤣 #fyp #tiktoksabahan

♬ Oh No Oh No Oh No No No – Dubskie

Yang baju belang-belang tu kawan saya…Alahai macam mana boleh tersama ni

Bezanya, suami Puan Abby memakai baju belang yang berlengan pendek. Manakala wanita berkenaan pula menyarungkan jenis lengan panjang. Dalam masa sama, terdapat seorang gadis bertudung hijau turut berlari-lari anak dengan penuh keriangan. Menerusi salah satu komen balas di video tersebut, Nur Farahih Shahira mengatakan dialah individu tersebut dan si baju belang pula adalah kawannya.

Isteri Rakam Suami Tiba Di Airport, Sekali Tersama Baju Dengan Perempuan Lain

Isteri Rakam Suami Tiba Di Airport, Sekali Tersama Baju Dengan Perempuan Lain

Ini sesuatu yang perlu dikaji, siasatan lanjut perlu dibuka…Ghisauuu, kalau saya otak dah travel jauh

Melalui ruangan komen, ramai netizen akui terhibur melihat insiden tersama baju itu. Tidak ketinggalan, ada yang berseloroh merasa curiga sehingga bergurau meminta agar Puan Abby membuka ‘kertas siasatan’ kepada suaminya bagi mengetahui hal sebenar.

Isteri Rakam Suami Tiba Di Airport, Sekali Tersama Baju Dengan Perempuan Lain

Isteri Rakam Suami Tiba Di Airport, Sekali Tersama Baju Dengan Perempuan Lain

Isteri Rakam Suami Tiba Di Airport, Sekali Tersama Baju Dengan Perempuan Lain

Kredit : TikTok Abby

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Isteri Rakam Suami Tiba Di Airport, Sekali Tersama Baju Dengan Perempuan Lain

Facebook

Telegram