Isteri Sedih Teruk Kehilangan Anak Pertama, Suami Sanggup Ambil Cuti Setahun!

Anak merupakan amanah dari Allah yang dikurniakan buat suami dan isteri untuk menyerikan lagi rumah tangga. Namun tidak bagi sepasang suami isteri ini tatkala anak mereka dijemput semula oleh Allah pada usia yang sangat muda. Ketika si isteri begitu sedih dengan pemergian anak pertama itu, suaminya iaitu Muhammad Hassan rela mengambil cuti selama setahun untuk menemaninya! Perkara itu didedahkan di Facebook Hassan sendiri.

Baca : Anak Letih Nasihat, Tapi Pak Cik Ini Nekad Ziarah Pusara Isteri Setiap Hari!

Baru sahaja berumur setahun lebih, anak mereka berdua telah didiagnosis dengan beberapa masalah kesihatan. Akhirnya selepas menjalani operation, anak mereka tidak dapat diselamatkan.

Setiap kali ziarah pusara, wajah isteri selalu berubah

Gambar sekadar hiasan

Selepas anak mereka pergi menghadap Illahi, si isteri pastinya masih bersedih apabila mengenangkan semula jerih-perih ketika menguruskan anak mereka dahulu.

Baru pertama kali dapat anak, Allah dah beri ujian

Menceritakan semula detik selepas kehilangan anak mereka, Hassan hanya mampu memberikan semangat buat isterinya agar redha dengan ketentuan Illahi.

Isteri angkat bantal letak di riba…Sangkakan itu anak…

Dalam pada itu, Hassan nekad mengambi cuti kerja selama setahun untuk melalui ujian berat ini bersama-sama isteri.

Saya tak nak dia kemurungan teruk…

Akhir sekali, Hassan sempat menitipkan pesan agar para suami di luar sana lebih menghargai pengorbanan isteri. Paling penting sekali, suami harus setia di samping isteri dalam menghadapi pahit-getir rumah tangga.

Isteri beri sepenuh jiwa, takkan kita tak mahu hargai?

Isteri amanah Allah…Bimbinglah mereka…

Sumber : Facebook Muhammad Hassan

Apa Komen Anda?