Family Antarabangsa

Isteri Seronok Buka Payung Gender Reveal, Suami Kecewa Anak Ke-3 Perempuan Lagi

Isteri Seronok Buka Payung Gender Reveal, Suami Kecewa Anak Ke-3 Perempuan Lagi

Melihat sambutan gender reveal yang tular di media sosial, pastinya kita turut tumpang merasa bahagia. Namun tidak dinafikan, ada juga perkara-perkara buruk lain terjadi tanpa sengaja lalu merosakkan suasana acara pendedahan jantina bayi yang bakal lahir persis kisah di bawah.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Ayah kurang gembira bakal dapat anak perempuan kali ketiga

Di sebuah kawasan lapang, keluarga kecil tersebut berdiri gembira menantikan apakah warna cebisan kertas yang akan keluar daripada payung hitam berkenaan. Bertaburan confetti berwarna merah jambu ke tanah menandakan kelahiran itu nanti semestinya bayi perempuan. Oleh kerana 2 zuriat mereka sebelum ini juga adalah berjantina sama, si ayah walau bagaimanapun nampak tidak suka lalu tinggalkan lokasi gender reveal tanpa menoleh.

Anak terus bermain kertas confetti & ibu nampak cuba menguatkan semangat

Sungguh mengecewakan sekali reaksi lelaki terbabit, si isteri yang sedang menggendong salah seorang anak terus meraikan detik indah itu seperti tiada apa-apa berlaku. 2 orang kanak-kanak perempuan yang masih belum mengerti sikap acuh tidak acuh ditunjukkan bapa mereka juga seronok bermain kertas berterbangan.

@cheryantoinette

Huh jahat

♬ Tili Tili Bom – Ashley Serena

Isteri dia mesti sedih dalam hati, tapi tetap berusaha senyum…Kesian kalau anak dia tengok balik video ni

Meraih lebih 4 juta tontonan, rakaman yang tular itu cukup membuatkan ramai merasa sedih khususnya kepada pihak isteri. Mungkin nampak tersenyum melihat wajah marah suaminya, namun jauh di sudut hati netizen merasakan dia seolah-olah cuba menyembunyikan kesedihan.

Isteri Seronok Buka Payung Gender Reveal, Suami Kecewa Anak Ke-3 Perempuan Lagi

Isteri Seronok Buka Payung Gender Reveal, Suami Kecewa Anak Ke-3 Perempuan Lagi

Isteri Seronok Buka Payung Gender Reveal, Suami Kecewa Anak Ke-3 Perempuan Lagi

Isteri Seronok Buka Payung Gender Reveal, Suami Kecewa Anak Ke-3 Perempuan Lagi

Kredit : TikTok cheryantoinette , Twitter Chris Evans & Portal 7news

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Isteri Seronok Buka Payung Gender Reveal, Suami Kecewa Anak Ke-3 Perempuan Lagi

Facebook

Telegram