Viral Isu Semasa

Isteri Tak Izin Pergi Ride Ke Terengganu, Cara Lelaki Ini Berfikir Raih Pujian

Isteri Tak Izin Pergi Ride Ke Terengganu, Cara Lelaki Ini Berfikir Raih Pujian

Baru-baru ini, netizen meluahkan geram rentetan penularan video sebuah kedai air buah yang dikatakan berlokasi di Terengganu. Dalam rakaman terbabit, terlihat aksi beberapa orang lelaki terdiri daripada geng rider yang mengambil kesempatan merangkul mesra badan pemilik kedai. Lebih meresahkan, sebenarnya ini bukanlah kali pertama wanita berstatus janda itu viral menggunakan taktik kurang manis bagi melariskan jualan.

BACA : Ini Pelapis TokTi Ibu Lantang Minta Anak Diberi Peluang Masuk Ujibakat TV3

Isteri Tak Izin Pergi Ride Ke Terengganu, Cara Lelaki Ini Berfikir Raih Pujian

Abang takyah la pergi ‘Ganu’ tu…Bukan nak tengok RXZ member, saja nak tengok ‘air buah’ tu kan?

Kerana nila setitik, habis susu sebelanga. Mungkin itulah peribahasa yang sesuai menggambarkan impak negatif isu tersebut. Ramai isteri rider yang mula kurang percaya kerana risau suami mereka akan melencong ke sana untuk ‘mencuci mata’. Hal sama sempat dilalui oleh seorang lelaki dengan akaun FB Acat Domino ini di mana orang rumahnya seakan berat hati memberi izin pergi ke sebuah acara permotoran di Terengganu.

Isteri Tak Izin Pergi Ride Ke Terengganu, Cara Lelaki Ini Berfikir Raih Pujian

Isteri Tak Izin Pergi Ride Ke Terengganu, Cara Lelaki Ini Berfikir Raih Pujian

Saya perlu restu isteri bang…Lama-lama saya kaji, jawapannya mudah je…Ini yang dinamakan sayang

Cuba menyakinkan semula bahawa dia tidak akan bersikap seperti lelaki-lelaki di dalam video yang tular, bagaimanapun komen daripada seorang netizen lain di hantarannya telah menarik perhatian. Jika diikutkan, seorang suami memang berkuasa membuat keputusan sendiri tanpa bertanya pendapat pasangan mereka. Namun bagi saudara Acat sendiri, dia percaya kepada konsep ‘restu seorang isteri’ lebih-lebih lagi sebelum melakukan aktiviti luar.

Isteri Tak Izin Pergi Ride Ke Terengganu, Cara Lelaki Ini Berfikir Raih Pujian

Isteri Tak Izin Pergi Ride Ke Terengganu, Cara Lelaki Ini Berfikir Raih Pujian

Bila seorang suami sentiasa letak isteri sebagai keutamaan teratas, Allah janji rahmat akan diberi…Restu tu sangat penting

Membaca pendapat dan pemikiran yang ditunjukkan oleh Suadara Acat, ramai netizen memberikan pujian kepada sikap timbang rasanya kepada isteri. Bukanlah bermakna ‘takut bini’, namun jika dilihat semula tidak ramai suami yang mempunyai toleransi sebegitu.

Isteri Tak Izin Pergi Ride Ke Terengganu, Cara Lelaki Ini Berfikir Raih Pujian

Isteri Tak Izin Pergi Ride Ke Terengganu, Cara Lelaki Ini Berfikir Raih Pujian

Isteri Tak Izin Pergi Ride Ke Terengganu, Cara Lelaki Ini Berfikir Raih Pujian

Kredit : FB Tranung Kini & Acat Domino

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Isteri Tak Izin Pergi Ride Ke Terengganu, Cara Lelaki Ini Berfikir Raih Pujian

Facebook

Telegram