Cinta Inspirasi

Isteri Tak Reti Melaram, Syukur Suami Akan Aturkan Baju Setiap Kali Nak Keluar

Isteri Tak Reti Melaram, Syukur Suami Akan Aturkan Baju Setiap Kali Nak Keluar

Kebanyakan wanita suka melaram mengikut trend fesyen terkini. Bila sudah berkahwin, si suami pasti menganggap isterinya akan bantu menjaga penampilannya sekali. Namun realitinya, tidak semua perempuan mampu bersiap seperti mana mereka sewaktu anak dara.


BACA: Biasa Lagi Cantik Pakai Earing Sambil Bertudung, Fesyen Irma Hasmie Ditegur

Dapat isteri tak reti fashion, dia tolong fashionkan…Asalkan abiy bahagilah ye

Sama macam kisah yang tular di TikTok, Ninie telah berkongsikan video menyatakan dia tidak pandai bergaya seperti orang lain. Apa yang menarik perhatian warganet sebaik sahaja rakaman tersebut dimuat naik, wanita berkenaan mendedahkan perangai suaminya yang amat menitikberatkan penampilan si isteri.

Isteri Tak Reti Melaram, Syukur Suami Akan Aturkan Baju Setiap Kali Nak Keluar

Kalau nak keluar, dia yang aturkan kena pakai baju yang macam mana…Pecfect je sebab matching satu badan

Menurut Ninie lagi, encik suami akan menjadi ‘penasihat fesyen’ setiap kali mereka ingin keluar bersama untuk memastikan cinta hatinya kelihatan cantik. Baju dan seluar yang dipadankan oleh lelaki itu kelihatan sempurna kerana warnanya matching dari atas sampai ke bawah.


@n1nie

Dapat isteri tak reti fashion. Dia tolong fashion kan 😝 asalkan abiy bahagia lah ye 🙈❤️ @danealamran

♬ suara asli – Zerz`SoftBoy🤺 – Zerz`SoftBoy🤺

Sama macam suami saya…Tiap kali bali baju akan tanya dia dulu sebab dia lagi tahu fesyen bini

Sejak dimuat naik semalam, video tersebut telah meraih hampir 300 ribu jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen pula, tidak disangka-sangka ramai wanita lain turut dikurniakan seorang suami yang agak cerewet dalam bab berpakaian. Pun begitu, mereka tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya penampilannya dijaga dengan baik.


Isteri Tak Reti Melaram, Syukur Suami Akan Aturkan Baju Setiap Kali Nak Keluar

Isteri Tak Reti Melaram, Syukur Suami Akan Aturkan Baju Setiap Kali Nak Keluar

Isteri Tak Reti Melaram, Syukur Suami Akan Aturkan Baju Setiap Kali Nak Keluar

Isteri Tak Reti Melaram, Syukur Suami Akan Aturkan Baju Setiap Kali Nak Keluar

Sumber: TikTok n1nie & Instagram sheszira

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Isteri Tak Reti Melaram, Syukur Suami Akan Aturkan Baju Setiap Kali Nak Keluar

Facebook

Telegram