Viral perhubungan rumah tangga

Isteri Terjah Rumah Skandal Suami, Suruh Buka Kain Lihat Perut Hamil Anak Haram

Isteri Terjah Rumah Skandal Suami, Suruh Buka Kain Lihat Perut Hamil Anak Haram

Isu perselingkuhan seorang suami kini semakin menjadi-jadi hingga memaksa isteri mereka mendedahkan realiti tersebut di media sosial. Bukanlah hendak menyebarkan aib, namun ia mempu menjadi pengajaran kepada netizen mengenai betapa buruknya kesan menduakan pasangan sendiri. Kesabaran seorang wanita ada batasnya dan akan mula tercabar apabila perasaan mereka terus dikhianati.

BACA : Lagi Sebulan Anak Akan Nikah, Mak Ayah Baru Berani Dedahkan Status Luar Nikah

Dah berapa lama kau duduk sini dengan suami aku? Sudah lama?

Persis sebuah video yang tular ini, seorang isteri dikatakan bertindak berani menerjah masuk ke dalam rumah dikatakan menjadi lokasi pasangan skandal itu tinggal bersama. Ketika bersemuka, wajah gadis tersebut agak pucat lesi dengan bentuk badan yang agak kecil. Kelibat si lelaki pula tidak kelihatan dan belum dapat dipastikan di mana keberadaannya waktu itu.

Isteri Terjah Rumah Skandal Suami, Suruh Buka Kain Lihat Perut Hamil Anak Haram

Kau tengah hamil, kan? Apa, tak mengandung? Cuba tengok perut kau, buka kain tu

Terlihat hampir menangis dan sedang memegang kain yang membaluti badan, si isteri mengarahkan agar perempuan itu segera menunjukkan perutnya. Menurut dakwaan, perhubungan haram mereka berdua itu telah sampai ke tahap kehamilan luar nikah. Pun begitu, ‘pelakor’ berkenaan nampaknya tidak melakukan seperti yang disuruh.

Isteri Terjah Rumah Skandal Suami, Suruh Buka Kain Lihat Perut Hamil Anak Haram

Kalau nak jadi perampas pun, minimal cantiklah…Body patut lagi cantik daripada isteri sah

Menurut laporan daripada portal BeritahIdsId, lokasi sebenar insiden itu berlaku masih tidak diketahui lagi. Apa yang pasti, si isteri dikatakan tidaklah membuat kecoh kerana dia menggunakan nada suara yang cukup sopan dan perlahan meskipun sedang mempertikaikan hubungan haram tersebut.

Kredit : IG jurnalijunior, TikTok TribunnewsSultraOfficial & Portal Berita Hids ID

🚨 Erin Sakura KINI MENCARI INTERN! Klik untuk maklumat lanjut.

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Isteri Terjah Rumah Skandal Suami, Suruh Buka Kain Lihat Perut Hamil Anak Haram

Facebook

Telegram