Inspirasi Cinta Kehidupan

Isteri Cakap Jujur Belum Dapat Nafkah Bulan Ini, Suami Terus Selit Duit Tebal

Isteri Cakap Jujur Belum Dapat Nafkah Bulan Ini, Suami Terus Selit Duit Tebal

Walaupun pemberian nafkah kepada isteri merupakan perkara wajib, sebenarnya ada segelintir suami masih memandang remeh tentang isu ini. Sesetengahnya mungkin berikan sedikit sahaja wang saku kepada orang rumahnya, itu pun dengan agak lambat dan seakan-akan terpaksa sehingga ke tahap mengungkit balik. Lebih teruk lagi, ada yang langsung tidak menghulurkan walaupun 1 sen sekalipun.


BACA: Kurang Tanggungjawab Beri Nafkah Pada Isteri, Punca Utama Rumah Tangga Goyah

2 hari lepas wife bagitahu nafkah bulan ni tak dapat lagi…Bulan ni memang lambat ada benda nak kena bayar

Sebuah video dimuat naik oleh @sheikhmuadz menerusi akaun TikToknya tular selepas si isteri mula mengingatkannya mengenai nafkah yang belum diterima. Gara-gara mempunyai komitmen lain, Muadz seakan-akan serba salah apabila dia agak lewat memberikannya duit pada bulan ini.


Isteri Cakap Jujur Belum Dapat Nafkah Bulan Ini, Suami Terus Selit Duit Tebal

Isteri Cakap Jujur Belum Dapat Nafkah Bulan Ini, Suami Terus Selit Duit Tebal
Gambar Sekadar Hiasan

Ustaz kata nafkah isteri no 1 kena utamakan…Utamakan yang wajib In Shaa Allah dipermudahkan urusan lain

Teringat pesanan seorang ustaz untuk sentiasa mengutamakan nafkah isteri, pemilik video ini berasa tidak sedap hati. Dia akhirnya membuat keputusan untuk memasukkan sejumlah wang yang agak banyak ke dalam handbag wanita tercintanya di samping percaya bahawa isteri ialah lubuk rezekinya.


@sheikhmuadz

Kerana dia lubuk rezeki kita 🥰 #fypシ

♬ PENANTIAN ARMADA – sadvibes🥀

Well done, semoga bahagia kekal je Jannah…Suami saya on time masuk duit nafkah

Sejak dikongsikan semalam, video berkenaan meraih hampir 900 ribu jumlah tontonan. Meninjau ke ruangan komen pula, rata-rata netizen memuji lelaki ini kerana menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga dengan baik. Mereka juga sempat berkongsikan sikap suaminya yang tidak pernah lupa memberikan nafkah kepada si isteri.

Isteri Cakap Jujur Belum Dapat Nafkah Bulan Ini, Suami Terus Selit Duit Tebal

Isteri Cakap Jujur Belum Dapat Nafkah Bulan Ini, Suami Terus Selit Duit Tebal

Isteri Cakap Jujur Belum Dapat Nafkah Bulan Ini, Suami Terus Selit Duit Tebal

Isteri Cakap Jujur Belum Dapat Nafkah Bulan Ini, Suami Terus Selit Duit Tebal

Kredit: TikTok @sheikhmuadz

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Isteri Cakap Jujur Belum Dapat Nafkah Bulan Ini, Suami Terus Selit Duit Tebal

Facebook

Telegram