Family Inspirasi

Isteri Tolak Motor Roda Tiga, Suami OKU Berpaut Bersama Anak Cetus Sebak

Isteri Tolak Motor Roda Tiga, Suami OKU Berpaut Bersama Anak Cetus Sebak

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang lelaki yang menyorong isterinya di sebuah lampu isyarat. Perkara itu mula diperkatakan oleh seluruh masyarakat sehingga menarik perhatian pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew untuk membantunya. Difahamkan, dia telah memberikan sebuah kereta baharu bagi memudahkan pergerakan mereka sekeluarga.

BACA: Anak ‘Picky Eater’ Punca Mak-Mak Bertukar Jadi Hulk? Try Pujuk Guna 5 Cara Ini

Wanita gigih bantu suami OKU, sanggup tolak motor roda tiga

Bagaimanapun, situasi hampir sama juga turut berlaku kepada keluarga ini yang ketika itu terlihat di sebuah jalan raya. Menerusi perkongsian @ViralPerak di laman Facebook, terpapar kegigihan seorang isteri yang masih setia berbakti bersama suaminya. Hal itu selepas dia dilihat sedang menolak motor roda tiga dengan anaknya sambil dipaut suami yang menaiki wheelchair.

Isteri Tolak Motor Roda Tiga, Suami OKU Berpaut Bersama Anak Cetus Sebak

Ini rutin harian mereka ambil dan hantar anak, isteri ambil upah buat kraf tangan

Lebih memilukan, terdapat juga penduduk setempat yang menyatakan ia merupakan rutin keluarga kecil ini. Difahamkan, mereka akan hantar dan mengambil anak balik dari sekolah setiap hari. Selain itu, terdapat juga info yang mana lelaki berkenaan sedang menghidap diabetes dan tidak mempunyai kaki. Manakala isterinya pula kini ambil upah buat kraf tangan bagi menampung kehidupan keluarga tersebut.

Isteri Tolak Motor Roda Tiga, Suami OKU Berpaut Bersama Anak Cetus Sebak

Itulah nasib orang tak samakan, tapi ada juga yang diduga macam ni…semoga dipermudahkan urusan

Susualan daripada perkongsian itu, rata-rata netizen turut berasa sebak mengenangkan nasib keluarga kecil berkenaan. Malah, mereka juga ingin berpakat untuk menularkannya agar lebih ramai orang akan menghulurkan bantuan.

Isteri Tolak Motor Roda Tiga, Suami OKU Berpaut Bersama Anak Cetus Sebak

Isteri Tolak Motor Roda Tiga, Suami OKU Berpaut Bersama Anak Cetus Sebak

Isteri Tolak Motor Roda Tiga, Suami OKU Berpaut Bersama Anak Cetus Sebak

Kredit: Facebook Viral Perak

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Isteri Tolak Motor Roda Tiga, Suami OKU Berpaut Bersama Anak Cetus Sebak

Facebook

Telegram