“Isteri Yang Selalu Jerit Pada Anak2, Dalam Diam Rupanya Dia Tagih Cinta Suami”

Dalam perkahwinan, sudah menjadi asam garam dalam kehidupan berumah tangga apabila setiap suami isteri ditimpa sebarang masalah dalam rumah tangga. Antara ujian itu termasuklah mengurus dan membesarkan amanah Allah, iaitu anak-anak. Meskipun begitu, timbul juga isu apabila golongan isteri dibiarkan menjaga anak seorang diri dan dilayan seperti orang gaji sewaktu di rumah. Perkara ini disifatkan sebagai tidak adil kerana jelas sekali bahawa ianya adalah tanggungjawab bersama kedua-dua pihak.

BACA: [VIDEO] “Jangan Sesekali Berkasar, Tapi Manja Lah Dengan Isteri” – Ebit Lew

Memahami hati isteri yang selalu marah dan jerit pada anak2

Menerusi perkongsian terbaru oleh pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew, dia menghuraikan punca utama para isteri selalu bersikap kasar terhadap anak-anak. Rupanya tanpa kita sedari, perilaku ini mempunyai hubung kaitan dengan sikap ‘acuh tak acuh’ daripada si bapa juga.

Perlu sedar mereka bukan orang gaji…mereka cuma orang yang ingin dicintai

Ujar peneraju rancangan ‘Door To Door‘ itu lagi, para suami tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak sewaktu memberi didikan kepada anak-anak. Perkara itu hanya boleh menimbulkan konflik dalam rumah tangga sekali gus menyebabkan gangguan emosi terhadap isteri. Kata Ustaz Ebit Lew lagi, mereka ini sebenarnya bersikap dingin apabila kurang kasih sayang dan tumpuan oleh partner masing-masing. Sekiranya faktor itu dapat diatasi dan dijaga dengan rapi, maka keharmonian rumah tangga juga akan terbela. 

Sumber: FB Ebit Lew

Apa Komen Anda?