Isu Mentua, Duit & Anak – Bersediakah Hadapi 5 Jenis Ujian Rumah Tangga Ini?

Apabila berbicara soal mendirikan rumah tangga, setiap orang pasti mengharapkan perkahwinan yang dibina kekal sepanjang hayat. Akan tetapi, mengapa keindahan tersebut tidak mampu bertahan lama seperti yang boleh disaksikan dalam trend masyarakat saat dilanda ujian? Hakikatnya setiap dugaan yang diturunkan Tuhan adalah rahmat bagi menguji tahap kematangan minda dan emosi setiap suami isteri.

BACA: Awas Si Penyondol, Ada Undang-Undang Khas Jika Hancurkan Rumah Tangga Orang

Gambar sekadar hiasan

Rumah tangga sakinah (tenteram) bukanlah yang terbebas dari ujian. Bahkan, perkahwinan sakinah adalah yang mampu menghadapi semua ujian serta berpegang teguh pada syariat-Nya. Menerusi perkongsian yang dinukilkan oleh saudara Firdaus Shakirin baru-baru ini, dia telah mendedahkan 5 dugaan yang paling biasa ditempuhi oleh seseorang tatkala bernikah sahaja dengan teman istimewa masing-masing.

1) Ujian mentua

Mungkin ramai pernah dengar ungkapan apabila kita berkahwin dengan seseorang, kita pasti akan berkahwin dengan semua ahli keluarganya juga. Bagaimanapun ujian yang melibatkan ibu atau bapa mentua ini sangat rumit kerana boleh menyebabkan 2 situasi yang berbeza. Ulas lelaki ini, seseorang suami perlulah memainkan peranan yang sangat adil dalam menyelesaikan konflik tersebut.

Gambar sekadar hiasan

2) Ujian adik-beradik ipar

Selain mentua, hubungan bersama ipar duai juga boleh jadi dugaan paling getir jika tak dilakukan seikhlas hati. Bagi yang tidak bernasib baik, hubungan keruh yang tercetus atas sifat hasad dengki ini bahkan boleh menyebabkan keruntuhan sesebuah rumah tangga dalam keluarga tersebut.

Gambar sekadar hiasan

3) Masalah kewangan

Di samping itu, isu ekonomi rumah tangga juga boleh menjadi konflik pergaduhan antara suami isteri meskipun kedua-dua pihak mempunyai pendapatan tetap. Bagi mengatasi permasalahan itu, perancangan kewangan adalah sangat mustahak bagi menguruskan perbelanjaan keluarga dengan lebih berhemah.

Gambar sekadar hiasan

4) Ujian anak-anak

Walaupun kata orang cahaya mata merupakan anugerah serta pembawa rezeki, namun tak semestinya nikmat itu segera diperolehi setiap suami isteri. Realitinya bukan mudah untuk mendidik amanah yang dikurniakan Allah selain perlu diiringi dengan sifat kesabaran yang agak tinggi.

Gambar sekadar hiasan

5) Ujian kesetiaan & kehadiran pihak ketiga

Dugaan yang paling kerap berlaku pada masa kini adalah melibatkan kesetiaan terhadap partner masing-masing. Tanpa nilai kepercayaan yang kukuh, kita tidak dapat menduga apakah yang bersarang dalam hati suami atau isteri masing-masing. Oleh itu, Firdaus berharap agar gejala negatif ini tidak berlarutan dalam mana-mana perkahwinan selepas ini.

Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Firdaus Shakirin

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Apa Komen Anda?