Isu Semasa

Itali Lalui 6 Fasa Ini Sebelum Isytihar Lockdown, Malaysia Kini Di Fasa Ke-3

Itali Lalui 6 Fasa Ini Sebelum Isytihar Lockdown, Malaysia Kini Di Fasa Ke-3

Sharing is caring!

Wabak koronavirus yang melanda dunia hari ini telah meragut ribuan nyawa. Malah sehingga kini jumlah jangkitan positif COVID-19 dilihat semakin meningkat dengan medadak. Negara Itali yang terjejas teruk dengan penularan wabak berkenaan telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. Melalui laman Facebook, seorang pemuda telah menyenaraikan beberapa fasa sebelum negara Eropah itu diumumkan lockdown.

BACA : COVID-19 Masih Tiada Penawar Sampai Sekarang, Lelaki Ini Jelaskan Sebabnya

Itali Lalui 6 Fasa Ini Sebelum Isytihar Lockdown, Malaysia Kini Di Fasa Ke-3
Gambar sekadar hiasan

Fasa 1 : Tidak ambil peduli

Menurut Mohd Firdaus Mat Saad, sebelum ini rakyat Itali tidak mengambil peduli tentang kemunculan wabak tersebut kerana mereka berfikir ia hanya berlaku di China. Walaupun jangkitan pertama akhirnya telah dikesan di wilayah berkenaan, pihak berkuasa tidak mengambil pendekatan untuk menyekat kemasukan pelancong ke dalam negara mereka.


Itali Lalui 6 Fasa Ini Sebelum Isytihar Lockdown, Malaysia Kini Di Fasa Ke-3

Itali Lalui 6 Fasa Ini Sebelum Isytihar Lockdown, Malaysia Kini Di Fasa Ke-3
Gambar sekadar hiasan

Fasa 2 : Arah jalani Self Quarantine

Jumlah jangkitan positif semakin meningkat sehingga pihak berkuasa mengarahkan untuk menjalani Self Quarantine bagi mereka yang mempunyai kontak rapat dengan penghidap virus. Dalam fasa ini banyak syarikat dan organisasi mula menutup bangunan dan meminta kesemua staf untuk bekerja dari rumah. Walaupun pada pada masa itu nasihat daripada pihak berkuasa telah dihebahkan, namun orang ramai masih menjalani gaya hidup seperti biasa dan tidak mematuhi garis panduan tersebut.

Itali Lalui 6 Fasa Ini Sebelum Isytihar Lockdown, Malaysia Kini Di Fasa Ke-3Itali Lalui 6 Fasa Ini Sebelum Isytihar Lockdown, Malaysia Kini Di Fasa Ke-3

Itali Lalui 6 Fasa Ini Sebelum Isytihar Lockdown, Malaysia Kini Di Fasa Ke-3
Gambar sekadar hiasan

Fasa 3 : Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan

Fasa ini melibatkan gelombang kedua penularan wabak COVID-19 di mana jumlah jangkitan meningkat dengan mendadak dalam masa sehari. Rentetan itu, orang ramai dilihat telah keluar dari bandar dan pulang ke kampung halaman selepas pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan. Malaysia pada ketika ini sedang melalui fasa tersebut apabila arahan untuk kekal di kediaman masing-masing telah diabaikan.

Itali Lalui 6 Fasa Ini Sebelum Isytihar Lockdown, Malaysia Kini Di Fasa Ke-3Itali Lalui 6 Fasa Ini Sebelum Isytihar Lockdown, Malaysia Kini Di Fasa Ke-3

Itali Lalui 6 Fasa Ini Sebelum Isytihar Lockdown, Malaysia Kini Di Fasa Ke-3
Gambar sekadar hiasan

 

Fasa 4 : Kakitangan perubatan tidak mencukupi

Ekoran peningkatan yang semakin mendadak, para petugas perubatan tidak mampu untuk merawat kesemua mereka yang dijangkiti. Pihak berkuasa Itali juga telah bertindak memanggil semula doktor yang telah bersara untuk membantu menangani masalah ini. Malah para petugas juga terpaksa bekerja selama 24 jam sehinggakan tiada masa untuk ke tandas sekalipun.


Itali Lalui 6 Fasa Ini Sebelum Isytihar Lockdown, Malaysia Kini Di Fasa Ke-3

Itali Lalui 6 Fasa Ini Sebelum Isytihar Lockdown, Malaysia Kini Di Fasa Ke-3
Gambar sekadar hiasan

Fasa 5 : Mula menghidap pneumonia

Penularan wabak COVID-19 telas tersebar secara meluas ke seluruh Itali sehingga ada dikalangan petugas kesihatan telah disahkan positif wabak berkenaan. Bilangan penghidap yang kronik terutama warga emas mula mengalami masalah pneumonia dan doktor terpaksa memilih siapa yang perlu diselamatkan terlebih dahulu. Hai ini kerana mereka telah kekurangan infrastruktur perubatan.

Itali Lalui 6 Fasa Ini Sebelum Isytihar Lockdown, Malaysia Kini Di Fasa Ke-3

Itali Lalui 6 Fasa Ini Sebelum Isytihar Lockdown, Malaysia Kini Di Fasa Ke-3
Gambar sekadar hiasan

Fasa 6 : Lockdown seluruh negara

Peningkatan yang mendadak sehingga seramai 3 ribu jangkitan sehari telah menyebabkan pihak berkuasa Itali mengisytiharkan darurat di seluruh negara. Individu yang ingin keluar dari kediaman perlu mempunyai alasan yang kukuh dan jika ditangkap boleh dikenakan hukuman berat. Hal ini bagi membolehkan mereka yang dijangkiti tidak akan terus menyebarkan virus berkenaan ke luar. Walau bagaimanapun kesan penurunan jumlah jangkitan positif hanya dapat dilihat selepas 14 hari dari tempoh pelaksanaan tersebut.

Itali Lalui 6 Fasa Ini Sebelum Isytihar Lockdown, Malaysia Kini Di Fasa Ke-3

Itali Lalui 6 Fasa Ini Sebelum Isytihar Lockdown, Malaysia Kini Di Fasa Ke-3
Gambar sekadar hiasan

 

Sumber : Facebook Mohd Firdaus Mat Saad


Sharing is caring!